Wednesday, December 17, 2014

Baby saya kene kuning (jaundice)

Baby saya kene kuning



Assalamualaikum semua,

Hari ni dah 15hari cuteummi dalam pantang bermakna baby pun dah berusia 15hari jugak alhamdulillah.. semuanya baik-baik je..cuma masa hari ke-6 ada nurse buat lawatan kerumah untuk memeriksa kesihatan ibu and baby. So far cuteummi ok-ok je cuma baby je nurse kate nampak kuning dari muka and mata dia. Dan nasihatkan saya supaya buat ujian darah TSB (Total Serum Bilirubin) untuk tahu setinggi mana kuning baby. Waktu tu tak terkejut pun memang dah jangka sebab memang nampak baby ada kuning sikit kat muka and mata dia. Tapi saya tak risau KENAPA tau bukan sebab saya seorang ibu yang tak ambil kisah atau tak bertanggungjawab..BUKAN ye tapi    tak risau sangat sebab baby saya kuat menyusu dan saya hanya beri susu ibu sahaja. Dengan pengalaman anak yang sebelumnya membuatkan saya lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah kuning ni..

Ikut jugak cakap nurse saya bawak baby pergi ke hospital serdang untuk ambil ujian darah TSB pada hari tu jugak. Saya sendiri pun nak tahu berapa bacaan kuning anak saya dan dalam masa yang sama memang perlu pantau agar tidak makin tinggi bacaan kuningnye nanti. Ibu mana tak sedih anak baru 6 hari dah kene cucuk dengan jarum tapi demi kesihatannya saya kene kuat dan yakin bacan kuningnya tak tinggi dan tak perlu sampai tahan hospital.Nurse kate esok saya boleh tahu keputusan TSB anak saya jadi jangan risau kalau bacaan tinggi pihak hospital sendiri akan hubungi saya nanti. Saya yakin bacaan tu nanti tak tinggi sebab baby saya kerap buang air besar dan boleh nampak najis dia pun warna kuning. 

Baby saya kene kuning


Esoknya tu saya sendiri call klinik nak tahu keputusan ujian TSB baby, patut la pihak hospital tak call bagi tahu result sebab tak tinggi bacaannye 151.3 syukur sangat bacaan kuning tak tinggi hanya perlu pantau sahaja,walaupun belum tahap normal janji tak perlu sampai kene phototherapy.

Hari ke-12 saya bawak anak ke hospital serdang lagi untuk repet bacaan TSB semula untuk pastikan bacaan turun lagi atau naik atas arahan nurse yang buat lawatan kerumah. tapi kali ni saya makin pasti bacaan akan normal sebab boleh lihat sendiri mata baby dan kulit pun dah tak kuning macam hari ke-6. Alhamdulillah memang tepat jagkaan saya bacaan kuning makin turun dari 151.3 ke 133.8. Berkat penyusuan susu ibu yang berterusan pada bayi dan saya menjaga pemakanan dan mengambil air yang secukupnya di samping tak mengamalkan jamu tetapi mengambil supplement shaklee banyak membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Saya hanya percaya pada penyusuan susu ibu sahaja boleh membantu menurunkan paras bilirubin pada bayi saya dengan cepat. Saya juga memastikan bayi saya di beri susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 2jam sekali. saya juga tidak mengamalkan sebarang petua untuk menurunkan kuning bukan tak percaya tetapi kurang yakin akan kesahihannya

Ini sikit Info cuteummi nak share tentang jaundice atau demam kuning
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat pada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut:
  1. Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3. Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5. Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes) 
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8. Keturunan.

Jadi nasihat cuteummi buat para ibubapa yang mengalami situasi sama seperti saya susu lah bayi anda dengan susu ibu sahaja kerana susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena kuning (jaundice). Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk menyusukannya, Masa ini anda akan perlu banyak rehat, air yang mencukupi, makanan dan sokongan suami bagi mengalakan pengeluran susu ibu yang banyak.

Jika masih mengalami masalah kekurangan susu badan dan inginkan penghasilan susu ibu yang banyak anda mungkin memerlukan supplement ini:

Baby saya kene kuning
more infore clic me!


Tuesday, December 9, 2014

Ini Cerita Saya Berpantang Lepas bersalin

berpantang

Alhamdulillah.. Akhirnya saat yang di tunggu tiba jua. Kehadiran insan comel yang di nanti dan di kandung selama 9 bulan telah selamat di lahirkan pada 4 Disember 2014 agak lewat tiga hari dari tarikh jangka bersalin.Tapi segalanya hanya rancangan yang menentukan sudah semestinya Dia Yang Maha Pencipta Allah s.w.t. Reda dan bersyukur di atas segala ketentuan-Nya, saya dapat bersalin Normal dan semuanya di permudahkan.. kali ni ahli baru keluarga saya bertambah lagi girl's  dengan berat lahir 3kg, syukur sihat dan sempurna sifatnya.

Istimewa buat saya dah tentulah proses BERPANTANG berkuat kuasa je lepas saya selamat melahirkan anak. Kita orang melayu biasalah 44 hari adalah syarat wajib berpantang. Bagi saya ianya satu tempoh yang boleh la di katakan menguji kesabaran tapi demi kesihatan dalaman dan di katakan kalau betul lah cara kita berpantang insyaAllah boleh dapat balik
  • Potongan badan asal
  • Sihat dan cergas seperti sedia kala
  • Kelihatan jelita 
  • dan mampu mengekalkan minat suami semula
  • Maka tidak hairanlah kami ni.. wanita melayu masih amalkan adat berpantang


Cuma bezanya di zaman moden kini saya tidak lah mampu terlalu mingikut amalan berpantang dulu-dulu. Malah ibu saya pun dah lupa pantang larang orang berpantang ni.. jadi saya cuma mampu meneruskan amalan rutin yang biasa bagi orang perempuan lain amalkan selepas bersalin seperti:

Bengkung

  1. dipercayai membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kebentuk asal
  2. mengalakkan postur badan yang baik
  3. melindungi organ dalaman dan membolehkan rahim cepat kecut dan kembali ketempat asal

Urut-mengurut

  1. baik untuk lancarkan aliran darah
  2. mengeluarkan darah lokia / darah lepas bersalin yang terperangkap
  3. menaikkan semula rahim
  4. membetulkan semula urat-urat yang tegang,terputus
  5. memecahkan lemak
  6. mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas berkerja keras melahirkan anak
  7. melancarkan susu ibu

 Jamu

  1. mengembalikan tenaga
  2. memanaskan badan
  3. melawaskan pembuangan air
  4. mengeluarkan lemak dan toksin
  5. mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur
  6. mengeluarkan angin

 Bertungku

  1. mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
  2. memecahkan lemak
  3. mengembalikan tubuh badan asal

 Mandian-mandian herba & akar kayu

  1. mengembalikan tenaga
  2. mengeluarkan angin
  3. menghapuskan bau dari darah nifas dan rembesan lain
  4. merawat urat-urat yang sengal
Tapi saya tidak mampu melakukan amalan berpantang ini seorang diri. Maka penjagaan semasa berpantang, saya amat memerlukan ibu saya untuk membantu. Di sebabkan ini merupakan cahaya mata yang ke-3 jadi saya memilih hanya 2 minggu sahaja saya perlukan penjagaan rapi dari ibu saya. Terutama semasa berurut dan bertungku yang lain saya mampu lakukannya sendiri.

Terima kasih buat semua ahli keluarga saya dan mertua saya yang telah bersusah kerana saya sepanjang tempoh bersalin dan berpantang ini.. tanpa kalian di sisi amat sukar buat saya menempuhi dugaan ketika berpantang.. dengan dua lagi anak saya yang masih memerluka perhatian  dengan ada atuk dan opah buat mereka selesa dan masih di beri perhatian tanpa ummi di sisi mereka tak seperti selalunya..

Dan sebelum penutup entry kali ini, saya nak kongsikan rahsia saya walaupun saya tengah berpantang tapi saya masih lagi mampu menyiapkan entry kali ini. Sejak awal mengandung sehingga bersalin telah amalkan supplement dari Shaklee membuatkan berpantang kali ketiga memang terasa lebih mudah dan badan lebih bertenaga sakit pun dah tak rasa. Enam hari dalam pantang saya mampu naik turun tangga cuma ibu bising tak elok nanti tumpah darah katanya. Baiklah ibu cuma nak bagi tahu rasa badan tu kuat tak rasa sakit dah rasa macam dah kembali normal.. Tapi selagi tak habis pantang 44 hari saya di larang melakukan aktiviti berat dan lain-lain lagi yang nak cerita punyalah banyak pantang larangnya.. Jadi bersabarlah wahai diri walaupun nak melakukan banyak aktiviti yang di minati tapi tunggu dululah ye..


Inilah Dia Set Berpantang dari Shaklee yang saya amalkan dan gantikannya dengan Jamu.
Berpantang
klik di sini for more info

Banyak khasiatnya dan terbukti berkesan dalam memulihkan organ dalaman dan luaran bukan tu sahaja malah susu badan pun semakin banyak membuatkan baby girl saya ni cepat kenyang dan tak perlukan susu formula pun hanya susu ibu sudah mencukupi.. Malah si comel tak meragam pun membuatkan saya lebih mudah dalam berpantang..

Berminat nak ketahui lebih lanjut tentang set berantang ni boleh lah hubungi saya di..

berpantang

Sunday, November 30, 2014

Bimbang Masalah Haid Tidak Teratur


Alhamdulillah saya berjaya atasi masalah Haid tidak teratur Bagaimana anda pula.. ada masalah seperti saya?? Mahu atasinya.. Sebelum tu baik saya story sikit tentang masalah haid tidak teratur ni boleh terjadi pada saya..

Masalah haid tidak teratur


History saya datang haid bermula seawal umur 11tahun lagi.. cepatkan.. sejak itu haid saya sentiasa teratur tiada masalah.. tapi ianya berubah bila saya mula bertukar tempat belajar iatu lepas dapat keputusan SPM terus sambung study di Politeknik Seberang Perai, Penang. waktu nilah hormon saya bertukar ye la.. tak pernah berjauhan dari family and first time dok asrama kot.. sebab tu masalah haid tidak teratur terjadi..waktu tu buat tak peduli sangat sebab sibuk study, kononnya.. tapi memang betul la.. setahun je saya belajar kat sana, saya berhenti sebab dapat tawaran nursing under kementerian kesihatan siap sponser belajar and dapat elaun lagi.. and lagi best dekat dengan family jadi..ape lagi cabut la.. waktu tu perasan sejak berhijarah balik ke KL kitaran haid kembali normal.. Sampailah saya berkahwin dengan suami hampir satu tahun waktu di awal perkahwinan lagi saya dah perasan masalah haid tidak teratur terjadi lagi.. yang lebih membimbangkan saya dah setahun kahwin tapi belum di kurniakan cahaya mata.. saya pasti ianya berpunca masalah haid tidak teratur salah satu puncanya. Malu sebenarnya nak terus gi..rujuk pakar sakit puan jadi try la.. cari yang traditional dulu macam berurut la.. try produk pun ada jugak tapi tak nampak hasilnya.. Last ada kawan tanya nak cuba tak supplement kesihatan ni.. Sebab rasa dah terdesak nak pulihkan semula kitaran haid saya nekad ni percubaab terakhir kalau tak jadi jugak mesti jumpa doktor sakit puan..

Alhamdulillah Berjaya jugak saya atasi Masalah Haid tidak taratur kemudiannya saya di sahkan Hamil.. 
Nak.. Tahu supplement Kesihatan Mana yang berjaya atasi masalah saya ni??


Saya telah mengamalkan GLA Complex Shaklee, ternyata ianya telah membantu atasi  Masalah Haid Tidak Teratur selain itu saya juga telah berjaya Hamil

masalah haid tidak teratur

APA ISTIMEWANYA GLA Complex

GLA Complex Shaklee mengandungi  GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.
Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.

Gla Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini,

Selain daripada mengatasi masalah haid tidak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain..
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangai ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan 
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolesterol Untuk fungsi saraf

Jom baca komen yang dah pun mencuba GLA Complex utuk atasai Masalah Haid Tidak Teratur

masalah haid tidak teratur

Kalau ada yang berminat untuk atasi masalah haid tidak teratur boleh la hubungi saya untuk ketahui lebih lanjut berkaitan produk ni..

HUBUNGI SAYA!
masalah haid tidak teratur



Tuesday, November 25, 2014

Dengan Shaklee tiada halangan buat ku walaupun sedang sarat

Assalamualiakum..semua

Rasa macam tak percaya je.. kita dah nak ke tahun 20015 tak lama lagi, hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi akan masuklah tahun baru.. TAPI buat saya dan keluarga kami sedang menunggu masa mungkin hari ini atau esok atau betul seperti ramalan Doktor-doktor yang merawat saya 1 Disember 2014 kami akan menerima ahli baru dalam keluarga kami..

Sekarang dah cukup 39minggu usia kandungan saya. Alhamdulillah saya dan baby sihat malah makin dekat nak bersalin ni macam-macam aktiviti yang telah saya berjaya lakukan tanpa sebarang ganguan pada baby dalam kandungan dan diri saya juga..

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang aktiviti menarik yang sempat saya dan keluarga luangkan. Ingatkan dah sarat ni susah la nak bawak anak-anak berjalan yelah sekarang ni dah masuk musim cuti sekolahkan jadi ianya aktiviti wajib untuk si kakak (anak sulong) mesti bawak dia berjalan sempene cuti sekolah ni..

Jadi dah plan dengan En.Suami sebab kakak dengan adik peminat Upin & Ipin maka elok sangatlah perancangan bawak adik beradik ni gi Karnival Upin&Ipin  yang berlansung di PICC Putrajaya pada 21-23 Nov. 2014. Sebab dah tahu mesti ramai orang yelah nama pun karnivalkan mesti menjadi tumpuan orang ramai.. kami plan pergi hari jumaat 21hr bulan sebab rasa waktu ni mesti tak seramai sabtu dan ahad. Yang penting hasrat kakak dan adik dapat saya dan suami tunaikan sebelum saya bersalin nanti dah bersalin tak rasa lah kakak nak ummi dan ayah bawak berjalan

Ini antara gambar menarik sekitar Karnival Upin&Ipin yang sempat saya dan suami ambil sebagai kenangan  



Kakak ambik bahagian kene nyanyi lagu tema animasi terbaru Les' Copaque 'PUTERI'

aksi kakak taknak dekat ummi sebab nak ada dengan puteri manis katanya so nak tengah-tengah gambar puteri kesayangan dia.. (macam-macam)

Kesian kakak nak tangkap gambar dengan upin ipin tapi tak dapat.. nasib baik 'Atok' sporting sudi tangkap gambar dengan kakak


So Perancangan pertama dah selesai sekarang aktiviti saya pulak, plan nak buka booth shaklee dekat Western Digital pada 24 hr bln Nov. ni sebab sebelum ni dah pernah buka booth kat sana Alhamdullilah dapat sambutan.. dan rata-rata mintak saya datang lagi jadi tak nak hampakan pemintaan costemur walaupun sarat nak jugak buka booth kat sana.. 

Terima Kasih pelanggan Western Digital yang sudi beli dengan saya dan repet oder lagi.. InsyaAllah jumpa lagi nanti bila dah habis pantang la jawabnya ye..




Syukur di berikan kesempatan dapat saya lakukan aktiviti ini tanpa halangan kesihatan dan sebagainya sebelum saya berehat sebab berpantang.. Satu lagi saya rasa masih kekal bertenaga dan dapat lakukan aktiviti yang ingin saya lakukan walaupun dalam keadaan fizikal yang tak mengizinkan ni.. di sebabkan penjagaan kesihatan terbaik yang telah saya pilih. nak tahu apa dia dah semestinya SHAKLEE.. saya takan promot dan jual kalau tak bagus untuk diri saya dan keluarga

Inilah set semasa mengandung yang saya amalkan sekarang yang bantu saya kekal aktive sepanjang hari walau di mana dan dalam keadaan sibuk macam mana pun saya mampu kekal bertenaga sepanjang hari..

klik di sini untuk keterangan lanjut




Monday, November 17, 2014

Omega Guard Shaklee Minyak ikan Terbaik


Apa Omega ni.. Sebenarnya Ye??

Badan Kita memerlukan pelbagai jenis Zat Nutrisi untuk fungsi tubuh seharian bagi melindungi kesihatan badan kita. Antara Zat yang di perlukan adalah asid lemak.

Tapi tahukah anada Asid Lemak terdiri dari 2 jenis iaitu:

1) Asid Lemak Penting (essential fatty acid)
  • Tidak boleh di hasilkan oleh badan - perlu di ambil dari sumber luar sebab badan perlukannya utuk fungsi tubuh dan kesihatan

2) Asid Lemak Tidak Penting (non-essential fatty acid)
  • Boleh di hasilkan oleh badan manusia - tidak memberi manfaat kesihatan yang utama pada kita melainkan dibakar utuk di jadikan tenaga pada badan 

Kajian Menunjukan ada sekurang-kurangnya 2 jenis Asid Lemak Penting iaitu:

1) Linolenic acid (Omega-3) = Omega guard
  • Sebab ianya di perlukan oleh badan kitalah maka Shaklee hasilkan Omega guard utuk membekalkan kita dengan secukupnya keperluan omega-3 harian

2) Linoleic acid (Omega-6) = GLA Complex 


Minggikut kata Dr.Frank Sacks seorang professor di Harved yang merupakan seorang pakar dalam bidang Cardiovascular  (gambarnya tertera di bawah)

Omega guard minyak ikan terbaik

Omega-3 di perlukan oleh badan kita untuk pelbagai fungsi tubuh seperti:

  1. Pembekuan darah
  2. Membina membrane sel otak
  3. Mengawal paras kolesterol
  4. Mengelakkan risiko strok
  5. Mengelakkan radang sendi dan usus

dan bayak lagi fungsi lain pendek kata kita memang perlukan Omega-3 dan Asid Lemak Omega-3 ni pun ada 2 jenis sebenarnya iaitu:

1) ALA 
  • Sumber biasa boleh dapat dari tumbuhan seperti minyak sayuran ( minyak kelapa sawit, kacang soya, kacang wallnut dan beberapa jenis lagi)


2) DHA + EPA
  • Sumber daripada Fatty fish/ikan lemak (salmon,tuna,mackerel)
  • Kedua-dua jenis Asid Lemak Omega-3 ini bagus tapi sebenarnya kita perlukan yang lebihnya DHA + EPA sebab badan kita lebih memerlukan DHA + EPA

Kebiasaanya kita tidak akan mampu dapat cukupkan keperluan omega-3 dari diet harian kita sebab ialah mana ada setiap hari kita makan salmon, tuna, telur, kacang wallnut pun kan.. itu hanya sesekali sahaja  maka sebab itulah Shaklee hasilkan Omega guard utuk membekalkan kita dengan cukup keperluan omega-3 dalam diet harian kita melalui supplement

Omega guard minyak ikan terbaik

Perbezaan Kandungan Utama DHA & EPA dalam Shaklee Omega guard BERBANDING dengan Jenama Lain:

Omega guard minyak ikan terbaik

Hanya Shaklee Omega guard je..yang membekalkan lebih 90% omega-3 dalam 1 kapsul berbading minyak ikan jenama lain. Minyak omega-3 jenama lain cuma hanya 30-60% sahaja selebihnya lemak ikan yang tak ada kepentingan dalam tubuh kita


Omega guard minyak ikan terbaik

untuk satu serving omega gurd = 3 Biji Omega gurd bersamaan 1000mg minyak ikan ( yang mana 540mg terdiri dari EPA dan 360mg lagi adalah DHA jadi total 900mg ) yang berbaki lagi 100mg adalah lemak ikan 
Anda boleh kira sendiri pula jenama lain contoh N Brand
2200mg minyak ikan = EPA 300mg + 200mg DHA = 500mg baki lagi 1700mg lagi adalah lemak ikan semata-mata yang tiada manfaat kesihatan pada konsumer yang makan omega jenama ini
Jadi tak ke membazir duit orang yang makan jenama tu.. ini sudah cukup membuktikan bahawa Omega guard Shaklee is the Best..

Bagaimana nak dapatkan Omega guard ni?? dengan harga istemewa semperna promotion shaklee November 2014.. Dapatkan sekarang jika mahu tawaran istemewa sebelum berakhir promosi november 2014

Hubungi Saya!

Friday, November 14, 2014

Anak Saya Baby ESP

Anak saya Baby ESP

Assalamualikum,

Teruja rasa Bila tengok gambar-gambar Baby ESP di atas lebih membuat saya teruja sebab salah satu gambar bayi di atas ada gambar bayi saya.. Waktu saya enter entry ini anak saya Muhammad Danish Mikail hampir berusia 2 Tahun. Rasa sekejap je.. masa berlalu. Betul kata orang bayi cepat membesar tanpa kita sedari. Terpanggil nak kongsi dengan pembaca semua tentang perkembangan putera saya ni bukan nak publisiti atau rasa macam artis oohhh.. jauh sekali. Tapi nak kongsikan Cerita Baby ESP  saya ni..

Inilah Cerita Baby ESP - Putera saya

Putera saya di lahirkan di KPMC Kajang pada 30hr Nov.2012 @ 5.45pm dengan berat lahir 2.6kg. 
Sejak dari cahaya mata pertama lagi bayi saya memang kecil berat tak sampai 3kg, yang kakak anak sulong berat lahir hanya 2.25kg sahaja. Tapi yang lebih penting meraka berdua sihat dan lahir secara normal dan tiak pernah kena demam kuning/Jaundice. 

Saya dah nekad sejak mengandung lagi saya nak berikan cahaya mata saya nanti hanya susu ibu. Alhamdulillah sebaik sahaja melahirkannya saya dah beritahu jururawat yang menjaga supaya jangan beri anak saya susu formula.. Sebaik sahaja bayi saya di bersihkan jururawat beri pada saya untuk saya mulakan penyusuan susu ibu.. Ia pada mulanya saya bimbang adakah nanti akan ada susu yang keluar tapi alhamdulillah dengan pengalaman anak sulung dulu segalanya di permudahkan..

Jadi mana cerita yang saya asyik kata bayi saya ni Baby ESP  ye.. Sebenarnya saya dah mengambil ESP (Soy Protein Isolate Powder)Shaklee  ni sejak awal  mengandung lagi sebabnya saya dah reserch tentang kebaikan produk ni untuk saya dan bayi dalam kandungan.. Ada tak dengar minum soya baik untuk bayi terutama ketika hamil.. Biasa apa orang kata tentang soya ni?? ramai orang kata..minum la banyak soya untuk dapat anak cerah. kulit gebu dan bersinar Betul tak!!

Tapi saya tak pikir sanggat pun nak minum soya semata-mata nak anak kulit cerah dan gebu, tujuan saya semata-mata untuk kekal bertenga di samping cari suplement yang boleh memberi manfaat pada saya dan bayi akhirnya saya terjumpalah artikel tentang ESP ni.. 

Dah buat reserch tentang ESP ni baru berani ambil.. Ye la kene la kaji dulu sesuatu produk terutama yang melibatkan pemakanan dan saya juga hamil waktu tu lagilah kene menitik beratkan kandungan ESP ni.. Yang pasti ESP ni bukan soya sentetik tau maksudnya soya yang telah di ubah suai iannya totally Soya Non - GMO, Tidak di ubah suai secara genetic. Hanya melalui proses semulajadi dan dipilih dari kacang soya yg berprotein tinggi  telah mendapat kelulusan KKM dan Halal.


KENAPA SAYA KATA ANAK SAYA BABY ESP

sebab dari dalam kandungan hingga dia lahir saya telah mengamalkan ESP minuman wajib di ambil 3 kali sehari.. Sebab tulah saya katakan Muhammad Danish Mikail (Putera) saya ni Baby ESP.

Seronok tau rasa bila ambil ESP susu saya jadi lebih pekat dan Baby ESP saya ni lebih cepat kenyang dan dapat tidur yang lena.. tiada alahan atau cirit-birit malah anak saya juga tak de kene jaundice/demam kuning. Ini di sahkan sendiri oleh jururawat yang datang kerumah semsa sesi lawatan.

Selain itu juga, saya perasan bila saya ambil ESP ni susu saya bukan sahaja pekat malah banyak. Jadi tak de isu saya perlu campur susu formula. .Labih saya terkejut dan teruja waktu umur bayi saya cukup sebulan bila bawak gi cek-up berat naik sampai 4kg berbanding berat lahir 2.65kg Alhamdulillah, Happy rasa anak sihat berat bertambah dan kulit makin putih dan gebu di buatnya gara-gara penangan ESP ni.. Sebab tu saya katakan anak saya Baby ESP

anak saya baby ESP
Anak saya Baby ESP


Nak tahu lebih info tentang ESP (Soy Protein Isolate Powder)Shaklee boleh klik pada artikal ini
Anak saya Baby ESP


Monday, November 10, 2014

Wajib ke Ibu mengandung Mengambil SUSU??


  • Apa kepentingan susu buat ibu yang sedang hamil?
  • Jika ada alahan tak boleh minum susu semasa mengandung bagaimana?
  • Betul ke susu berjenama penting buat ibu mengandung?


Ini semua solan yang saya tertanya-tanya dulu semasa di awal kehamilan, di sebabkan saya mengalami alahan pada semua susu menyebabkan saya rasa bimbang dan risau akan menjejaskan anak dalam kandungan nanti. Tetapi lain yang terjadi ada hikmah di sebaliknya rupanya ianya menambahkan lagi pengetahuan saya tentang proses kehamilan..  ianya terjawab sudah tanpa susu pun saya boleh mendapat khasiat seperti susu malah lebih baik dari susu.. Nak tahu apa penggati susu semasa saya alahan ni jom teruskan baca entry saya ye..

Q:Apa kepentingan susu buat ibu yang sedang hamil?

A:Rasanya semua tahu Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul terutama buat ibu yang hamil. Ia mengandungi 

  1. vitamin (untuk sel-sel darah merah) 
  2. kalsium (untuk tulang + gigi + kuku & rambut,yang kuat)  
  3. karbohidrat (tenaga) 
  4. magnesium (untuk lentur otot)  
  5. fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) 
  6. kalium (baik untuk sistem saraf) 
  7. protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) 
  8. riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)

Q: Betul ke susu berjenama penting buat ibu mengandung?

A:Sumber dari Artikel Dr.Zubaidi Hj Ahmad - JENAMA SUSU TERBAIK UNTUK WANITA HAMIL
"Saya merasakan bahawa tidak ada kepentingan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang boleh di beli dari pasar raya besar. Minum susu segar adalah lebih baik".

Q: Jika ada alahan tak boleh minum susu semasa mengandung bagaimana?

A: Jangan risau boleh di gantikan susu dengan produk lain yang mengandungi protein, kalsium dan mineral
Ringkasan Patikan Artikel dari Dr.Zubaidi Hj Ahmad - JENAMA SUSU TERBAIK UNTUK WANITA HAMIL
" Jika ibu hamil mengalami alahan padu susu atau cirit-birit selepas mengambil susu segar atau susu tepung, di sarankan boleh mengambil tablet kalsium dan perbanyakan makan daging merah sebagai sumber protein dan kalsium" 

Inilah Pilihan saya Penganti Susu ketika alahan

OSTEMATRIX

Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi:

Kalsium 
  • Menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi, sistem saraf.  buat ibu hamil memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas terutama pada waktu malam


Magnesium 
  • adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilakan tenaga amat di perlukan oleh wanita hamil

Vitamin D  
  • membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningikan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka teutama buat wanita hamil

Zinc,Kuprum,Manganes dan boron
  • Memelihara metabolisma badan dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang di perlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang artritis

 


Testimoni




Saturday, November 8, 2014

Hilangkan Parut Dengan Vita E Complex Shaklee

Vita E complex Shaklee


Adakah anda mengalami situasi ini??

√ Kulit wajah berjerawat / jeragat
√ Tona kulit wajah tak sekata
√ Ada parut yang susah nak di hilangkan
√ Ada Bengkak/Ulser pada kulit
√ Luka pada anggota tubuh 

Janggan bimbang dan risau lagi, Kini anda sudah mempunyai penyelesainnya. Ketahuilah bagaimana 
Vita E Complex Shaklee membantu atasi semua masalah di atas dengan selamat dan berkesan 

Saya sendiri telah mencuba Vita E Complex Shaklee hampir 2 bulan saya mengamalkannya di sebabkan masalah jerawat dan parutnya.. Dulu saya kurang keyakinan diri malu lihat wajah penuh jerawat macam-macam produk pencuci muka yang telah saya cuba jangan cakaplah berapa kos yang telah saya belanjakan utk memiliki kulit wajah yang sihat.. TAPI tetap GAGAL sehinggalah saya bertemu dengan shaklee tetapi kali ini ianya bukan pencuci muka tetapi supplement kesihatan.. Saya sedar kita perlu menjaga kesihatan dalaman dahulu barulah menampakan hasil dari luaranya.. dan kini saya tidak perlu rasa malu lagi malah kulit wajah makin sihat jerawat tidak tumbuh lagi sekarang fokus saya untuk hilangkan parut jerawat pada wajah.. 

Vita E Complex shaklee



ini satu lagi testimoni saya ianya terjadi pada anak yang sulung luka akibat allergic hanya pecahkan kupsul Vita E Complex tersebut dan akan keluar cecair terus sapukan pada luka tersebut amalkan sehingga mendapat hasil yang anda inginkan (sapu lepas mandi - sekali sehari) Saya sapu pada luka kaki anak setiap hari sehingga seminggu dan inilah hasilnya.


Vita E Complex shaklee


Apa kandungan Vita E Complex Shaklee sehingga mendapat hasil cepat dan memuaskan?


Vita E Complex shaklee


ADAKAH ANDA MENGAMBIL VITAMIN E DENGAN CUKUP?

Untuk 400IU vitamin E sesorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan redikal bebas:
  1. 1kg biji gandum
  2. 500ml minyak safflower
  3. 8kg Bayam
  4. 500g Badam 


Pebezaan Shaklee:
  • Di buat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E
  • Diekstrak d-alpha tocopherol yang akif secara fisiologi dan di gabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama,delta)
  • Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu 
  • tubuh kita menyerap vitamin E 
  • memelihara membran sel-sel, sel darah merah, dan tisu-tisu otot
  • menyah toksinkan logam berat seperti raksa, kadmium secara semulajadi dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina 

Manfaat lain Vita E Complex 


Vita E Complex shaklee

  1. Memperbaiki Parut
  2. Anti Penuaan 
  3. Memberi Tenaga
  4. Menghalang wanita hamil dari keguguran
  5. Meningkatkan kualiti air mani lelaki
  6. Melindungi jantung
  7. Melawan kanser
  8. Kukuhkan sistem imun
  9. Membaiki masalah mata
  10. Merawat Buasir dan sakit sendi

Jom Buat Masker dengan Vita E Complex Shaklee ianya memang mudah dan cepat 


Vita E Complex shaklee



  1. Picitkan Vita E Complex dengan jaraum yang bersih
  2. Picit hingga sampai keluar cecair dari kapsul Vita E complex tersebut
  3. Apabila cecair telah keluar ratakan pada kulit wajah
  4. Picit dan ratakan keseluruh muka terutama bahagian yang berjerawat dan parut jerawat
  5. Lebihan Kapsul tadi jangan di buang ye.. terus telan
Lakukan masker ini sebelum tidur dan hasilnya boleh di rasai keesokan paginya..boleh amalkan setiap hari sekali untuk kulit yang berjerawat teruk 

Jangan Biarkan masalah kulit wajah anda bertambah teruk jom atasinya sekarang.. 
berminat hubungi saya untuk penyelesaian


HUBUNGI SAYA!

Vita E Complex shaklee

Tuesday, November 4, 2014

Pertarungan Melawan Penuaan Dengan Revolusi Hebat Vivix

Assalamualaikum,

Hari ni cuteummi nak kongsikan Rahsia bagaimana nak melawan penuaan atau kita biasa sebut Anti Penuaan. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan?

vivix anti penuaan

Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama

  1. proses semulajadi dalam badan
  2. kesan persekitaran

Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah

1) cahaya matahari
  • Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang

2) asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu.


Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman saya percaya  ada yang memilih utuk mengunakan produk anti penuaan,  betul tak.. ianya tak salah cuma anda perlulah menjadi pengguna yang bijak..

Bagaimana yang dimaksudkan sebagai pengguna yang Bijak?

  • Pengguna yang sebelum membeli sesuatu produk mendapatkan maklumat yang secukupnya tentang produk tersebut dengan cara merujuk kepada label produk.
  • Seperti yang dapat kita lihat di pasaran, produk anti penuaan terdiri daripada pelbagai jenis ramuan yang berbeza. Kesan sesuatu produk mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Jadi pilihan di tagan anda utuk memilih sendiri produk yang mana menjadi pilihan anda kuasa membeli di tangan anda jadi jangan tertipu jadilah pembeli yang bijak dan berkhemah

Bagi saya dah tentulah saya memilih produk yang berkualiti dan di jamin Selamat serta berkesan agar mendapat hasil yang di inginkan

Nak tahu produk anti penuaan pilihin saya adalah Vivix. KENAPA??

vivix anti penuaan



Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik didunia yang di bangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh shaklee Syarikat No.1 supplement makanan di Amerika

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selullar

1) Kerosakkan DNA

  • setiap hari setiap sel tubuh di serang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA.
  • Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu" typo" ( kesilapan dari yang asal) yang akan mengangu fungsi sel dan jangka hayat hidup
  • Ramuan Vivix melindungi dan membaiki sellular DNA

2) Pengawalan Genetik

  • Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular
  • di dalam satu penemuan utama ujian klinikal terbaru menunjukan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel

  • Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan
  • Apabila kecekapan Mitochondria menurun fungsi sel turut menurun
  • Ramuan Vivix menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel

4) Pengumpulan lebihan Protien AGE


  • 'advanced glycation end products' Pengumpulan lebihan Protien AGE boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menggangu ketegangan sel dan jangka hayat hidup
  • Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protein AGE 



vivix anti penuaan




Vivix juga Membantu Menjaga dan Memelihara:

vivix anti penuaan



























vivix anti penuaan

vivix anti penuaan




saya nak share testimoni dari ibu saya sendiri yang mengidap Diabetes. Selepas seminggu mengamalkan minum vivix shaklee, alhamdulillah bacaan glukos makin turun hampir pada paras normal.

vivix anti penuaan



























Tini Ude feeling loved
Salam..
Alhamdulilah sejak ayah sy mengambil VIVIK shaklee kesihatan jantung ayah sy bertambah baik..bukan itu saja ayah sy dh blh melakukan ape2 aktiviti harian &menunaikan solat tarawih di masjid..selain itu juga ayah sy suka sgt dgn Vivik shaklee kerana rasanye yg masam manis katanye jd lepas ini sy akan terus membeli vivik utk ayah &ibu sy demi menjamin kesihatan mereka dlm keadaan sihat selalu..


Jom la order sekarang, harga istimewa, konsultasi free, semuanya untuk anda. .jangan ketinggalan yer...

HUBUNGI SAYA!
vivix anti penuaan