Assalamualaikum semua,
Hari ni dah 15hari cuteummi dalam pantang bermakna baby pun
dah berusia 15hari jugak alhamdulillah.. semuanya baik-baik je..cuma masa hari
ke-6 ada nurse buat lawatan kerumah untuk memeriksa kesihatan ibu and baby. So
far cuteummi ok-ok je cuma baby je nurse kate nampak kuning dari muka and mata
dia. Dan nasihatkan saya supaya buat ujian darah TSB (Total Serum Bilirubin)
untuk tahu setinggi mana kuning baby. Waktu tu tak terkejut pun memang dah
jangka sebab memang nampak baby ada kuning sikit kat muka and mata dia. Tapi
saya tak risau KENAPA tau bukan sebab saya seorang ibu yang tak ambil kisah
atau tak bertanggungjawab..BUKAN ye tapi tak risau sangat sebab
baby saya kuat menyusu dan saya hanya beri susu ibu sahaja. Dengan pengalaman
anak yang sebelumnya membuatkan saya lebih berpengalaman dalam mengatasi
masalah kuning ni..
Ikut jugak cakap nurse saya bawak baby pergi ke hospital
serdang untuk ambil ujian darah TSB pada hari tu jugak. Saya sendiri pun nak
tahu berapa bacaan kuning anak saya dan dalam masa yang sama memang perlu
pantau agar tidak makin tinggi bacaan kuningnye nanti. Ibu mana tak sedih anak
baru 6 hari dah kene cucuk dengan jarum tapi demi kesihatannya saya kene kuat
dan yakin bacan kuningnya tak tinggi dan tak perlu sampai tahan hospital.Nurse
kate esok saya boleh tahu keputusan TSB anak saya jadi jangan risau kalau
bacaan tinggi pihak hospital sendiri akan hubungi saya nanti. Saya yakin bacaan tu nanti tak tinggi sebab baby saya kerap buang air besar dan boleh nampak
najis dia pun warna kuning.
Esoknya tu saya sendiri call klinik nak tahu keputusan ujian
TSB baby, patut la pihak hospital tak call bagi tahu result sebab tak tinggi
bacaannye 151.3 syukur sangat bacaan kuning tak tinggi hanya perlu pantau
sahaja,walaupun belum tahap normal janji tak perlu
sampai kene phototherapy.
Hari ke-12 saya bawak anak ke hospital serdang lagi untuk
repet bacaan TSB semula untuk pastikan bacaan turun lagi atau naik atas arahan
nurse yang buat lawatan kerumah. tapi kali ni saya makin pasti bacaan akan normal
sebab boleh lihat sendiri mata baby dan kulit pun dah tak kuning macam hari
ke-6. Alhamdulillah memang tepat jagkaan saya bacaan kuning makin turun dari
151.3 ke 133.8. Berkat penyusuan susu ibu yang berterusan pada bayi dan saya
menjaga pemakanan dan mengambil air yang secukupnya di samping tak mengamalkan
jamu tetapi mengambil supplement shaklee banyak membantu penghasilan susu ibu
yang banyak. Saya hanya percaya pada penyusuan susu ibu sahaja boleh membantu menurunkan paras bilirubin pada bayi saya dengan cepat.
Saya juga memastikan bayi saya di beri susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya
2jam sekali. saya juga tidak mengamalkan sebarang petua untuk menurunkan kuning bukan tak percaya tetapi kurang yakin akan kesahihannya
Ini sikit Info cuteummi nak share tentang jaundice atau
demam kuning
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau
ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi
demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut,
dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat pada bahagian
mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat
dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi
perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau
klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap
serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain.
Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi.
Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada
pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar
paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.
Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan
oleh sebab-sebab berikut:
- Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
- Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
- Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
- Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
- Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
- Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
- Keturunan.
Jadi nasihat cuteummi buat para ibubapa yang mengalami situasi sama seperti saya susu lah bayi anda dengan susu ibu sahaja kerana susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat
mengelakkan bayi dari terkena kuning (jaundice). Kolostrum dan susu yang
diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran
bilirubin. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk menyusukannya, Masa ini anda akan perlu banyak rehat, air yang mencukupi, makanan dan sokongan suami bagi mengalakan pengeluran susu ibu yang banyak.
Jika masih mengalami masalah kekurangan susu badan dan inginkan penghasilan susu ibu yang banyak anda mungkin memerlukan supplement ini:
more infore clic me! |
pernah alaminya dulu..sampai menitis air mata bila nurse ambil darah pad anak yang masih kecil..tabah saja demi kesihatan anak.
ReplyDeleteBetul tu Ema Johari demi anak kita kena kuat dan tabah hadapi situasi seperti ni..kuning/jaundice mmg normal sekarang budak baru lahir akan alaminya cuma kita sebagai ibu kena pandai tangani spy kuning pada baby tak sampai ketahap yg sirius
Deletetahniah dengan kehadiran ahli baru
ReplyDeletemoga2 sentiasa sihat sejahtera selamanya
dunia sampai akhirat
Amin..Terima kasih teh ramuan
Delete