Tuesday, February 17, 2015

Kelas Jahitan Saya


ESP bantu saya fokus


Hari tu Cm ada pos tentang azam tahun baru Cm nak menjahitkan, so hari ni Cm nak cerita lebih detil tentang kelas jahitan yang Cm dok belajar sekarang ni..Waktu Cm pos entry ni Cm dah nak masuk sesi ke-2 kelas jahitan, baru je habiskan sesi pertama.

Sebelum tu Cm nak promote dulu kelas jahitan yang Cm tengah belajar ni, Cm tak ambik shot kos tau maksudnya belajar menjahit sehari siap satu pasang baju, sebab takut nanti ilmu yang dapat sekejap nanti bila tak amalkan lupa. Jadi Cm pilih ambil kalas jahitan yang buat seminggu sekali kelas and run sehari dalam 4jam sahaja. Paling best ada syllabus yang perlu di pelajari maksudnya ada beberapa jenis pakaian yang akan di ajar dalam sesi kelas jahitan tersebut.

Sebenarnya sebelum Cm pergi kelas jahitan ni, Cm buat research dulu tau sebab Cm kene pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Tak nak nanti jadi hangat-hangat tahi ayam. Sape yang rugi nanti diri sendiri jugak. Kene fikir jugak Cm ni dah ada tiga orang anak dan bekerja lagi jadi ada ke masa untuk menjahit nanti. Jadi disebabkan azam yang kuat tak tahu kuasa apa yang dah mendorong Cm sampai buat keputusan nekad tetap nak jugak pelajari ilmu jahitan ni..

Macam Cm cakap tadi buat research, dengar macam hebat je..tapi tak de la hebat mana pun google je cari kelas jahitan and dah jumpa kene pilih jugak sebab nak cari tempat yang mudah pada kita untuk belajar,pilihan di tangan kita jadi cari dulu yang mana berkenan di hati
Jadi Cm tetapkan satu guideline supaya ianya mudah buat Cm pilih nanti
  1. Lokasi kelas jahitan - mesti berdekatan dari rumah katekan lah tak ada jadi Cm akan pilih yang lokasi senang atau tempat tu Cm familiar jadi takde lah menyusahkan kita tercari-cari tempat tu nanti
  2. Yuran yang dikenekan - mestilah under bajet kita tau.. yang tu kita boleh tanya pada owner macam mana yuran yang dikenakan. 
  3. Facility - ini penting sebab kita bayar nak belajar kenelah pastikan kemudahannya cukup berapa pulak pelajar yang diajar pada satu masa, tengok jugak cikgu yang mengajar, jadi lebih baik pergi sendiri tengok tempat tu dulu macam Cm pegi kelas jahitan tu sebelum buat keputusan nak pilih tak berani tau melalui on line semata-mata takut indah kabar dari rupa.
  4. Program yang ditawarkan - berbalaoi tak dengan apa yang kita bayar dan belajar nanti, mampu tak kita praktikan, ianya memang mengikut minat  dan kemahuan kita tak. macam Cm zero maksudnya jahitan ni dari asa pun Cm takde jadi Cm tanya dulu macam Cm ni takde knowlage pun pasal bidang jahitan ni jadi mampu tak mengikuti progaram yang ditawarkan. So Cm nak dia ajar dari Zero sampai Hero.Barulah berbaloi.

Cm bukanlah cerewet orangnya tapi bab duit ni agak berkira sedikit, sebab tu sebelum buat sesuatu keputusan Cm akan berfikir dahulu tak nak menyesal pulak nanti.


Alhamdulillah Cm tak menyesal dengan pilihan Cm untuk ambil kelas jahitan ni sebab ni dah masuk empat kali Cm attend kelas jahitan di Azra Fesyen. Memang seronok tau, cikgu yang mengajar tu seorang yang peramah dan berpengalaman dalam bidang jahitan ni. Cm suka dengan cara dia ajar, tempat belajar pun selesa kemudan memang compled dari A samapi Z. Cuma lokasi tu jauh dari rumah Cm tapi Cm pilih jugak sebab Cm tahu tempat tu dan bayaran yuran kelas yang dikenekan pun berpatutan. Selain tu program kelas jahitan yang di ajar buat Cm tertarik untuk pilih Azra Fesyen sebagai tempat yang patut Cm pilih untuk belajar. Kalau sape-sape berminat nak join kelas jahitan ini boleh la google cari Azra Fesyen mesti jumpa and baca dulu blog madam Azra ni berkenan boleh hubungi terus dengannya. Jangan malu-malu cikgu saya ni memang peramah orangnya, saya dari zero tau empat kali hadir ke kelas jahitan di Azra Fesyen ni tak sangka dah boleh buat blous cara dia ajar memang saya tak jangka. Target saya harap-harap boleh buat baju raya sendiri dengan bantuan cikgu saya ni nanti In syaa Allah.

ESP bantu saya fokus belajar
tengah siapkan kerje rumah yang cikgu bagi



Oppss..sebelum tutup entry ni nak kongsi jugak kalau nak kekal aktif macam Cm korang patut cuba ni. Mulakan pagi anda dengan sarapan yang ringkas tapi berkhasiat
                                                                   
ESP + Milo
ESP bantu saya fokus belajar
jom sarapan!


kenyang,Cm boleh kekal bertenaga and tak rasa lapar pun sepanjang kelas yang penting boleh fokus, perut kalau lapar susah nak fokus tau... Jom cuba!! Beli dengan Cm dapat bagi harga mampu beli punya..

Tel/Whspp:
017-6769231
(Dayah)



No comments:

Post a Comment