Monday, August 10, 2015

Peristiwa Di KLIA2



07:00 Ogos 2, 20015 - naik pesawat AK416 dari KLIA 2 ke Husein Sastranegara Airport (Bandung)

Ada pengalaman menarik yang terjadi waktu Cm nak cek in kat KLIA2 tau..sebab first time naik kapal terbang di KLIA2 kami tiba jam baru pukul 04:30 tengok waktu berlepas pesawat AK416 kira-kira jam 06:50 so kami pun berkira ada waktu lagi ni.. nak buat solat subuh dulu la..lepas cek in bagasi. 
05:40 kami dah selesai proses bagasi. Terus cari surau sebab dah nak masuk waktu subuh. Biasa la orang perempuan solat agak lama sikit berbanding lelaki jadi dah guna masa kira-kira 15-20 minit. Tengok jam dah 06:15 rasa macam awal lagi konon-konon sempat la, dengan yakin kita orang pun jalan berlengang je menuju ke balai berlepas. 
La.. ingatkan dah masuk balai berlepas tu kira dah selamat la kan, rupanya nak menuju ke stasyen pesawat kita tu punya la jauh. Berjalan kaki kira-kira setengah jam rasanya nak tiba ke stasyen 12 (pintu pesawat AK416 berlepas) Dah la waktu tu tengah mengendong anak lagi la terasa perjalanan tu lagi lambat mana la Cm nak lari jalan secepat yang mungkin je la.. Memang tak di duga samapi je di stesyen 12 pintu berlepas dah di tutup. Waktu tu perasan gembira dah bertuka ke perasan hamapa, dan kecewa. Betul ke ni pesawat dah berlepas ke?? kami cuma terlewat seminit je.. Sumpah kalau la tahu punya la jauh pintu berlepas pesawat kami ni dah lama dah kami cek in dulu. Sebab rupanya surau pun memang ada di sediakan di balai berlepas (mana la..nak tahu first time)
Alhamdulillah ada lagi rezeki kami nak bercuti ke Bandung, Encik suami yang uruskan dengan staff AirAsia, tapi dapat la hadiahnya kene warning sikit dengan staff tu muka dia pun dah tak de senyum dah ada nada membebel terpacul keluar dari mulut dia. Tak pe la terasa sikit  je.. memang salah kami pun, janji kami di terima masuk naik kapal terbang menuju ke bandung..
Ye.. percutian ku pun bermula.. Selamat Tinggal Malaysia...



In syaa Allah next entry Cm ceritakan pulak pengalam bercuti di Bandung selama 4 hari 3 malam. 

Oppss penambahan buat ibu-ibu yang rajin travel yang nak bawak baby kan.. macam Cm nak jimat kos bagasi supaya tak lebih timbangan muatan, Cm tak bawak pun kereta sorong anak, Cm gantikan dengan beg kendong je.. memang jimat.. dan mudah 

Posing sikit ni la beg kendong yang Cm dok kendong baby bila nak keman-mana terutama bila traveling

Nak bagi lagi cantik.. bila traveling ni Cm jaga stamina tau oh.. cara Cm jaga stamina senang je tak samapi kene pegi gim pun..  ye la nak kendong baby lagi, berjalan lagi, kita nak pergi melancongkan mesti banyak aktiviti di lakukan dalam satu hari. Cara Cm hanya pastikan Vitamin Shaklee  mesti Cm bawak bila nak traveling, tak banyak pun cukup 4 jenis iaitu:
  1. VitaLea
  2. Ostematrix
  3. B Complex
  4. Garlic
nantikan cerita seterusnya bagaimana vitamin shaklee ni banyak membantu Cm sepanjang percutian di Bandung.

Thursday, April 30, 2015

Saya Stress!


Stress.., stress.., stressnya...bulan ni agak mencabar buat Cm, sampai stress di buatnya terus terang kalau tak kuat iman mahu putus asa jadinya. Tapi bila fikiran dah tenang kite ingat balik, selagi kite hidup di dunia ini kalau tak de ujian hidup tak sah. 
Bila ada je masalah mesti ada penyelesaianya dan percayalah dah selesai satu masalah akan ada lagi masalah lain akan datang, itu dinamakan ujian dari Allah. Dia munguji kita tanda Dia sayang dan Dia tahu tahap kesabaran hambanya. Jadi kesimpulanya Cm angap stress ini satu uji dan Alhamdulillah boleh manerimanya sekarang tapi masih belum dapat melepasi ujian itu lagi. 
Sekurang-kurangnya Cm bersedia menghadapinya walaupun terasa sukar tapi masih mampu bertahan yakin ada hikmah di sebaliknya.

B-Complex atasi stress

Ini Cara Cm atasi stress

Pertama sekali waktu rasa stress mesti kita dalam mood marah, sedih, dan semuanya bersifat negetif betul tak. Muka Cm kalau tengah moody biasanya kemerahan dan panas je rasa. Jadi apa Cm buat ingat balik perumpamaan ini 'api lawanya air' 
macam kita orang islam di ajar bila rasa marah ambil la wuduk ye memang membantu sejuk sikit rasa muka tu tapi panas dalam tak sejuk lagi ni..
Ok langkah ke-2 sejukan badan dengan minum air kosong segelas atau lebih lagi baik.. 
Ada orang nak hilangkan stress makan banyak, cuba tukar dari mengambil makanan yang banyak Cm cadangkan gantikan dengan minum air kosong biar banyak takde efec pada kegemukan pun and buat badan kita cool balik in shaa Allah
Langkah ke-3 Cm suka menyendiri seketika untuk berfikir sekejap tapi jangan layan balik masalah tadi kalau tak tak berkesan. Nanti kita akan jadi lebih stress. Apa yang Cm suka buat waktu ni ingat Allah istigfar banyak-banyak. Cari ketenangan dalaman lupakan masalah yang jadi punca kita stress tadi.
Langkah Ke-4 bila dah dapat ketenangan marah dah reda, Cm akan cari orang yang boleh Cm luahkan perasaan. Cm tak suka simpan sebab nanti hati tak tenteram bila berkongsi sekurang-kurangnya boleh kurangkan beban yang ditanggung.
Cari lah teman yang kita percaya macam Cm suka mengadu dengan suami luahkan rasa sedih tu pada dia terubat sikit resah di hati tu jadi takde la rasa keseorangan.
Last but not least Cm berserah pada Allah
mengadu pada-Nya, berdoa pada-Nya, dan mintak pertolongan hanya kepada-Nya
Hanya Dia tempat ku berserah.

Finally ini salah satu pengubat di kala mood stress pada saat-saat tertentu ianya sangat membantu
terutama macam Cm ni yang dah berkeluarga memang tersangat la memerlukannya,

B-Complex atasi stress


Cukup dengan hanya satu biji sehari Cm ambil sebagai rutin harian membantu mengembalikan kecergasan. Cm tak rasa letih dan lesu cukup stamina buat Cm tenang dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran, Bagaimana B-Complex membantu atasi Stress?
 Biar Cm jelaskan secara ringkas takpayah guna istilah sains pening..
Angap B-Complex seperti petrol dimana kereta nak bergerak perlukan petrolkan..
Macam mana dengan Otak kita? nak berkerja atau berfungsi dengan baik memerlukan sumber tenaga. Jadi B-Complex ini la sumber tenaga pada otak agar dapat berfungsi dengan baik. Bila otak berfungsi dengan baik kalau stress pun kita dapat atasinya sebab otak kita sihat dapat berfikir secara waras
in shaa Allah perkara baik-baik je terjadi.
satu lagi Cm cuma amalkan pengambilan B-complex brand shaklee aje..sebab terbaik.. takde unsur tiruan 100% semula jadi kesannya pun menakjubkan. Cerita je.. tak guna anda cuba anda tahu.

Berminat Hubungi Cm sekarang
B-Complex atasi stress






Monday, April 20, 2015

Bagaiman Persiapan Fizikal & Mental Jemaah Haji & Umrah

.

Assalamualaikum,

Hari ini Cm excited sangat nak buat artikel tentang ibadah haji & umrah walaupun belum di izinkan oleh-Nya menjadi tetamu-Nya tetapi niat dan impan itu dah tertanam sekain lama In Syaa Allah ada rezeki suatu hari nanti akan ku pijakan jua kaki ku ketanah suci Mekah Al Mukarramah amin..

Cm excited sebab Cm tumpang happy and bersyukur sangat sebab seminggu je lagi In Syaa Allah mak dan ayah Cm akan pergi menunaikan ibadah umrah. Ini pertama kali mak dan ayah Cm menjejakan kaki ketanah suci Mekah. Jadi sebagai anak tanggung jawab Cm untuk memastikan keadaan Fizikal mak dan ayah Cm dalam keadaan baik bagi membolehkan mereka senang beribadah nanti.

Cm tahu dalam menjalani ibadah Haji & Umrah persediaan dari segi mental dan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran mahu pun cuaca yang sangat berbeza berbanding di tanah air. Selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki untuk Tawaf, bersaie dan melontar Jamrah.

Ini penting Buat Bakal Jemaah Haji & Umrah
Antara perkara-perkara yang perlu dibuat Persediaan Fizikal ialah:

1.  Pemeriksaan Kesihatan


lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh(General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

2.  Nasihat Doktor Perunding


Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asama dan sebagainya, mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. 

3. Pengambilan Suntikan Pelalian Vaksin 'Meningococcal Meningitisoccal Meningitis'


Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis' di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi. Penyakit 'Meninggococcal Meningitis adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitides. Jangkitan penyakit ini menyebabkan radangan pada bahagian selaput otak dan saraf tunjang. Dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajidkan mendapatkan pelalian 'Meningococcal Meningitis' yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan.

4.  Latihan Kecergasan


Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana  persediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti tawaf, saie dan melotar jamrah . Ubah kegiatan harian kita dengan melakukan aktiviti ini seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar/kedai yang berdekatan dengan rumah dan lainnya dengan berjalan kaki sahaja tanpa mengunakan kenderaan lagi

Bagi memastikan ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun perbezaan cuaca di sana nanti.

5.  Membiasakan Diri Berada Di Cuaca Panas Terik


Bekerja, berkebun atau beraktiviti di tengah terik panas matahari perlu dilakukan untuk melatih fizikal agar bakal jamaah membiasakan diri dengan sengatan matahari dan keadaan di Tanah Suci yang lebih panas.


Pada musim panas, suhu siang hari di Arab Saudi boleh mencapai 40-50 darjah Celsius, kepanasannya menyengat di samping angin kering membahang hingga menyebabkan ramai jemaah meninggal dunia akibat ‘Heat Stroke’ (kekurangan cecair dalam badan). 
.
.

6.  Membiasakan Diri Dengan Suhu Dingin


Latihlah diri untuk bangun malam berqiamullail bagi menzalimi ibadah di samping membiasakan diri dengan air dan cuaca dingin. Ini tujuannya mempersiapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi keadaan di Mekah kerana terpaksa bangun awal untuk ke Baitullah bagi solat Subuh.

Di samping cabaran bermalam di Mina dan Padang Arafah kerana suhu waktu malam dan musim sejuknya boleh turun sehingga 10ÂșC yang disertai angin kering dan dingin menusuk tulang.


7. Bekalan Supplement yang sesuai untuk jemaah haji & umrah  

Ini perlu bagi memastikan tahap fizikal sentiasa optimum dalam menjalani ibadah nanti. Hampir keseluruhan jemaah haji akan mengalami jangkitan yang biasa seperti demam, batuk, selsema ini memang susah untuk di elak kerana faktor cuaca, keadaan yang bersesak, dihaydrasi dan lain-lain terutama buat para jemaah yang mempunyai imuniti rendah. Jadi bekalkan lah supplement kesihatan yang sesuai bagi menghadapi saat-saat kecemasan nanti lagi bagus jika diamalkan pengambilan supplement kesihatan dari sekarang atau sebelum bertolak lagi. Supaya sel-sel badan bersedia menerima ketahanan badan nanti.
kekal cergas & sihat sepanjang beribadah


Buat Mak dan ayah Cm dah siapkan dari awal pengambilan Supplement ini bagi memastikan tahap kesihatan fizikal berada dalam keadaan optimum
Salah satu darinya yang mak dan ayah telah amalkannya ialah:

B Complex

  • Vitamin B Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya membantu mengelakkan kelesuan dan keletihan.
  • Membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Ostematrix

  • Kalsium yang kurang dalam tubuh menyebabkan sistem imun yang lemah dan menyebabkan mudah diserang virus penyakit.
  • Pengambilan kalsium dapat membantu memperbaiki simptom insomnia, ketidakseimbangan emosi, kelesuan, anemia, kekejangan otot, kebas-kenas dan sebagainya. 

Sustained Released Vitamin C

  • Menguatkan ketahanan badan 
  • dapat membantu memelihara sel badan, kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah.
  • Antioksidan dan sangat penting untuk melawan jangkitan sepanjang di tanah suci seperti jagkitan selsema, sakit tekak, demam



Mudah-mudahan dengan ini di harapkan mak dan ayah mampu menunaikan ibadah umrah dengan sempurna begitu juga buat bakal jemah haji yang lain jika berminat untuk mendapatkan set asas vitamin dari shaklee ini saya syorkan ambil la dari sekarang bagi mempersiapkan diri dari segi fizikal agar daya tahan badan menjadi kuat agar mampu menangani segala faktor luaran yang bakal di hadapi nanti.

Testimoni ibu mertua saya sendiri

kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
Menerima surat tawaran dari tabung haji ibu mertua dapat menunaikan ibadah haji tahun (27 ogos 2014) lepas semua ahli keluarga berasa syukur dan gembira cuma terdetik kebimbangan kerana keadaan ibu mertua pada ketika itu berkerusi roda dan tiada mahram. Keadaan kakinya yang lemah tapi kudratnya masih kuat dan di sebabkan keinginan dan hasat ibu mertua sekian lama untuk menjejakan kaki ketanah suci mekah mendorongnya menerima tawaran tersebut. kami berikhtar bagi memastikan keadaan fizikal ibu mertua bersedia dalam menempuhi cuca, susana, persekitaran berbeza dan faktor-faktor kesihatan yang lain saya mengesyorkan ibu mertua mengambil supplemen kesihatan sedari awal sebelum berangkat lagi. ibu mertua hanya mengamalkan VitaLea (multivitamin) dan  Sustained Released Vitamin C (Menguatkan ketahanan badan)

kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
Komen dari ahli keluarga dan sudara mara


kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
Ketika berada di hotel Madinah nampak ceria dan bertenaga tanpa kerusi roda 
kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
 kembali ketanah air di sambut oleh anak-anak menantu dan cucu-cucu syukur ibu mertuaku pulang dengan selamat dan sihat takde masalah kesihatan yang lain mahu pun batuk selsema atau demam. Rasa puasa lihat usahaku berhasil dalam memastikan keadaan kesihatannya terjamin bersama shaklee dengan Izin-Mu jua Ya..Allah.


Jom dapatkan set asas vitamin untuk ibu ayah anda yang bakal mengerjakan haji & umrah. Ringankan masalah kesihatan mereka supaya mereka dapat beribadah dengan tenang.
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan Set asa vitamin haji&umrah ini anda boleh hubungi saya melalui:
Sms / call/ whatsapp: 017-6769231 (dayah)
Email: dayahano1984@gmail.com

Monday, March 23, 2015

Ruam pada Bayi Cara Atasinya?

Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi


Assalamualiakum,
Rindunya Cm nak berbloging semula dah nak sebulan tak dapat-dapat nak siapkan satu entry pun.
Ada je kekangan dan halangannya. Tapi hari ni Alhamdulillah dapat jugak sediakan satu entry untuk blog Cm ni. Topik hari ni Cm nak syare tentang Ruam khusus yang selalu kena baby la..kan jadi Cm nak syare sebab baby Cm pun terkene jugak.

Bagi Cm ruam ni biasa je dihadapi oleh semua bayi malah orang dewasa pun ada menghidapinya faktornya disebabkan kulit terkena sesuatu bahan iritasi atau alergen yang memberi tindak balas kegatalan dan merebak disekitarnya hingga kulit menjadi merah dan kadangkala boleh terluka

Antara alergen utama yang menyebabkna ruam terjadi pada bayi:
  1. Sabun pencuci pakaian/mandian
  2. Minyak bayi
  3. Losyen
  4. Barang mainan terutama yang berbulu
  5. Fabrik terutama sarung tangan bayi dan lampin bayi
  6. Susu 
  7. persekitaran
  8. Cuaca panas & lembap


Cm pun baru belajar tentang ruam ni rupanya dia ada jenis-jenisnya dalam istilah kita la sebelum ni Cm ingatkan semua ruam tu sama.

Ruam Panas


  • Apabila panas dan lembap di luar bayi akan berpeluh jika terlalu banyak peluh keluar pori kulit tersumbat maka air peluh tidak dapat keluar lagi, maka ruam panas akan timbul.
  • Badan bayi tiba-tiba ada ruam merah terang dan berbintik di kawasan seperti leher, bawah lengan atau ditepi lampin jangan bimbang ye.. itu mungkin ruam panas
  • ruam panas biasa timbul di kelipat-kelipat kulit seperti leher, dada, ketiak dan kelangkang.
  • Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi


Ruam Susu

  • Kesan daripada lelehan susu yang dibiarkan dan tidak dilap 
  • berkemungkinan juga di sebabkan bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu 
  • kulit bayi akan kelihatan kemerahan, membengkak dan bersisik
  • Pipi adalah kawasan kulit bayi sering terkena titisan susu


Ruam Lampin


  • Bayi di biarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang dengan terlalu lama
  • kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. 
  • pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin.  



Ekzema

  • adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi rasa gatal, merah, kering, merekah dan tak selesa
  • Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. 
  • Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari 
  • kaki. 


Allergy


  • Alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. 
  • kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang.
  • Biasanya simptom tidak berpanjangan dan akan hilang



Baby Cm kategori Ekzema memang dah faktor genetik nak buat macam mana.. Anak Cm yang sulong pun ada tapi syukur sangat kedua-duanya tak la sampai tahap kronik cuma perlu penjagaan yang rapi kuli mesti tak boleh kering and lembap sangat. Dulu Cm ada la ambil ubat dari Doktor jenis steroid tapi di sebabkan Ekzema ni memang kena selalu sapu cream tu jadi Cm rasa dah tak sesuai untuk penggunaan jangka panjang sebab kulit jadi nipis di buatnya.
Kesian diorang jadi Cm sekarang lebih suka pakai ni...? mula-mula tak percaya jugak tapi nak kan produk yang hanya guna bahan-bahan semulajadi jadi, Cm pun cuba je la tak cuba tak tahukan mujarab ke tak lagi pun harga murah je tak sampai Rm50 pun kurang lagi ada la..

Nak Tahu apa Produk Tu..


Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi

Ini Dia Herbal Blend shaklee



TESTIMONI SAYA
Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi
Ekzema
Pic ini di ambil waktu anak sulong saya berumur 5thn.
Memang Doktor sahkan anak saya ada Ekzema, sebenarnya dah menghidapi Ekzema ni sejak berusia 2bln lagi
Rawatan yang selalu di beri oleh Doktor cream steroid bila teruk (kulit seperti gambar diatas luka, berdarah dan berair) tapi bila dah kering sapu Aqua Cream inilah ubatan yang saya ambil untuk merawat Ekzema anak saya ini
Sehingga lah saya rasa sudah terlalu lama anak saya bergantung pada ubatan cream ini sehingga kulit nampak nipis
Bimbang maka saya tukarkan pulak pada cream herbal blend shaklee ini KENAPA??
Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan tidak ada kesan sampingan seperti cream yang di beri oleh klinik
Bila sapu pada anak dia cakap "sejuk ummi cream ni akak suka la.."
malah buat kulit anak rasa nyaman dan tak gatal
Saya dah guna setahun Alhamdullilah dia tak mengaru lagi dan kulit maintain tak kering dan berdarah lagi
malah setahun penggunaan saya lihat kulit anak makin pulih dan tak menghakiskan kulit

Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi
Ini Anak yang ke 3 pulak dapat Ekzema
Di sebabkan dah ada pengalaman dengan yang sulong tu so.. Cm dah tahu apa nak buat
Cm lepas mandikan dia mesti sapukan cream Herbal Blend ini wajib 2 kali sehari buat
and satu lagi Cm dah tak pakaikan dia sarung tangan lagi sebab tu pun salah satu faktor penyebab kulit dia jadi sensitif
So far Cm nampak Ekzema dia selalu ada pada celah telinga sahaja
Sejak sapu Herbal Blend ni bahagian tu dah tak berair dan kemerah-merahan lagiSebab cream tu sejuk buat dia nampak selesa bila sapu pada bahagian telinga tu
jadi Cm kerap letak sebab tu 2 hari je dah baik
 
Berminat tak nak rawat ruam anak tanpa mengunakan ubat berunsur steroid yang menyebabkan kulit anak anda makin nipis
Dan harga pun murah je berbanding kos rawatan di klinik ianya bukan sahaja boleh di gunakan pada bayi malah satu keluaraga (multipurpose cream)
Jangan terkejut ye.. dengan pembelian Herbal Blend Shaklee ini anda hanya perlu membayar kurang dari RM50 termasuk kos pos

Berminat Hubungi Cm sekarang

Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi


Tuesday, February 17, 2015

Kelas Jahitan Saya


ESP bantu saya fokus


Hari tu Cm ada pos tentang azam tahun baru Cm nak menjahitkan, so hari ni Cm nak cerita lebih detil tentang kelas jahitan yang Cm dok belajar sekarang ni..Waktu Cm pos entry ni Cm dah nak masuk sesi ke-2 kelas jahitan, baru je habiskan sesi pertama.

Sebelum tu Cm nak promote dulu kelas jahitan yang Cm tengah belajar ni, Cm tak ambik shot kos tau maksudnya belajar menjahit sehari siap satu pasang baju, sebab takut nanti ilmu yang dapat sekejap nanti bila tak amalkan lupa. Jadi Cm pilih ambil kalas jahitan yang buat seminggu sekali kelas and run sehari dalam 4jam sahaja. Paling best ada syllabus yang perlu di pelajari maksudnya ada beberapa jenis pakaian yang akan di ajar dalam sesi kelas jahitan tersebut.

Sebenarnya sebelum Cm pergi kelas jahitan ni, Cm buat research dulu tau sebab Cm kene pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Tak nak nanti jadi hangat-hangat tahi ayam. Sape yang rugi nanti diri sendiri jugak. Kene fikir jugak Cm ni dah ada tiga orang anak dan bekerja lagi jadi ada ke masa untuk menjahit nanti. Jadi disebabkan azam yang kuat tak tahu kuasa apa yang dah mendorong Cm sampai buat keputusan nekad tetap nak jugak pelajari ilmu jahitan ni..

Macam Cm cakap tadi buat research, dengar macam hebat je..tapi tak de la hebat mana pun google je cari kelas jahitan and dah jumpa kene pilih jugak sebab nak cari tempat yang mudah pada kita untuk belajar,pilihan di tangan kita jadi cari dulu yang mana berkenan di hati
Jadi Cm tetapkan satu guideline supaya ianya mudah buat Cm pilih nanti
  1. Lokasi kelas jahitan - mesti berdekatan dari rumah katekan lah tak ada jadi Cm akan pilih yang lokasi senang atau tempat tu Cm familiar jadi takde lah menyusahkan kita tercari-cari tempat tu nanti
  2. Yuran yang dikenekan - mestilah under bajet kita tau.. yang tu kita boleh tanya pada owner macam mana yuran yang dikenakan. 
  3. Facility - ini penting sebab kita bayar nak belajar kenelah pastikan kemudahannya cukup berapa pulak pelajar yang diajar pada satu masa, tengok jugak cikgu yang mengajar, jadi lebih baik pergi sendiri tengok tempat tu dulu macam Cm pegi kelas jahitan tu sebelum buat keputusan nak pilih tak berani tau melalui on line semata-mata takut indah kabar dari rupa.
  4. Program yang ditawarkan - berbalaoi tak dengan apa yang kita bayar dan belajar nanti, mampu tak kita praktikan, ianya memang mengikut minat  dan kemahuan kita tak. macam Cm zero maksudnya jahitan ni dari asa pun Cm takde jadi Cm tanya dulu macam Cm ni takde knowlage pun pasal bidang jahitan ni jadi mampu tak mengikuti progaram yang ditawarkan. So Cm nak dia ajar dari Zero sampai Hero.Barulah berbaloi.

Cm bukanlah cerewet orangnya tapi bab duit ni agak berkira sedikit, sebab tu sebelum buat sesuatu keputusan Cm akan berfikir dahulu tak nak menyesal pulak nanti.


Alhamdulillah Cm tak menyesal dengan pilihan Cm untuk ambil kelas jahitan ni sebab ni dah masuk empat kali Cm attend kelas jahitan di Azra Fesyen. Memang seronok tau, cikgu yang mengajar tu seorang yang peramah dan berpengalaman dalam bidang jahitan ni. Cm suka dengan cara dia ajar, tempat belajar pun selesa kemudan memang compled dari A samapi Z. Cuma lokasi tu jauh dari rumah Cm tapi Cm pilih jugak sebab Cm tahu tempat tu dan bayaran yuran kelas yang dikenekan pun berpatutan. Selain tu program kelas jahitan yang di ajar buat Cm tertarik untuk pilih Azra Fesyen sebagai tempat yang patut Cm pilih untuk belajar. Kalau sape-sape berminat nak join kelas jahitan ini boleh la google cari Azra Fesyen mesti jumpa and baca dulu blog madam Azra ni berkenan boleh hubungi terus dengannya. Jangan malu-malu cikgu saya ni memang peramah orangnya, saya dari zero tau empat kali hadir ke kelas jahitan di Azra Fesyen ni tak sangka dah boleh buat blous cara dia ajar memang saya tak jangka. Target saya harap-harap boleh buat baju raya sendiri dengan bantuan cikgu saya ni nanti In syaa Allah.

ESP bantu saya fokus belajar
tengah siapkan kerje rumah yang cikgu bagi



Oppss..sebelum tutup entry ni nak kongsi jugak kalau nak kekal aktif macam Cm korang patut cuba ni. Mulakan pagi anda dengan sarapan yang ringkas tapi berkhasiat
                                                                   
ESP + Milo
ESP bantu saya fokus belajar
jom sarapan!


kenyang,Cm boleh kekal bertenaga and tak rasa lapar pun sepanjang kelas yang penting boleh fokus, perut kalau lapar susah nak fokus tau... Jom cuba!! Beli dengan Cm dapat bagi harga mampu beli punya..

Tel/Whspp:
017-6769231
(Dayah)



Sunday, February 15, 2015

Mulakan Hari anda dengan VitaLea

Assalamulaikum,

Minggu ni Cm dalam operasi tengah kumpulalkan stok susu ibu untuk  my baby ni. Almaklumlah tingal dua minggu je lagi nak naik kerje. Rasa cepat betul masa berlalu kejap je dah nak masuk 3 bulan Cm cuti bersalin. Berat betul rasa hati nak lepaskan si comel ni kepangkuan orang lain pulak menjaganya. Ye la dari lahir sampai sekarang Cm yang jaga dan tambahan pula fully breastfeeding  lagilah rasa susah nak berpisah dengan dia. Dia pun dah kenal  "ummi" dia melalui suara Cm dan bila Cm dekat dengan dia (melalui bau badan) kagum juga Cm dengan perkembangan baby Cm ni belum lagi 3 bulan tapi banyak perkembangan dia dah capai.

buat susu pekat
pic ni diambil dia dah genap 2bulan padai nak main bila Cm cakap dengan dia mesti senyum

Baru-baru ni Cm bawak baby Cm gi chekUp untuk cucuk 2bulan Doktor pun puji berat badan baby Cm naik dengan baik and perkembangan dia pun bagus, Alhamdulillah dengan IzinNya jua..
Tak sia-sia Cm bersengkang mata bangun tengah malam kadang-kadang 2-3jam sekali untuk menyusukan dia. Sebab Cm percaya susu ibu adalah susu terbaik buatnya.
Sejak amalkan VitaLea shaklee ni Cm suka sangat sebab baby Cm bukan aje cepat kenyang malah Cm pun dapat buat stok susu ibu dengan lebih banyak lagi malah Cm perasan susu tu lebih pekat dari biasa patut la baby Cm cepat kenyang.



Bukan je baby Cm je yang dapat Khasiatnya malah Cm pun turut terkesan tau, badan ni rasa lebih bertenaga and cergas aje nak menguruskan 3 orang anak Cm ni memang takada masalah lagi.Harap maklum ye..Cm ni bukan aje uruskan yang si kecil ni aje malah yang kakak bersekolah and yang abang nak masuk 3 tahun tahulah tengah lasak . Jadi Cm memang memerlukan tahap tenaga yang optimum bagi memastikan anak-anak Cm terurus.Tu tak termasuk lagi suami tercinta jadi bayangkan lah walaupun bercuti bersalin tapi bab uruskan anak-anak dan suami tak de cuti ye..

Ok Cm nak kongsi sangat-sangat buat para ibu atau bakal ibu yang bakal melahirkan anak kalau berhasrat nak menyusukan anak anda dengan susu ibu, Cm galakan cuba VitaLea ni kalau tak caya cuba google mesti jumpa punye. Tak caya cari set penyusuan shaklee, set berpantang shaklee, set kehamil, set kesihatan optimum, set tambah berat badan pasti anda akan terjumpa VitaLea ni dalam setiap set yang Cm sebutkan tadi. 

VitaLea Shaklee

Nak tahu kenapa? 

  1. sebab VitaLea ni MultiVitamin yang terbaik, Cm tak propa tau ini terbukti apabila Vita-Lea telah dipilih untuk Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multti - Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.
  2. Tahu tak Vita-Lea Shaklee berwarna hiajau lumut kerana disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.
    VitaLea Shaklee

  3. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab".
  4. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. 
  5. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  6. Ini Cm paling suka,Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Baguskan boleh jimat duit tak payah keluar duit untuk kos rawatan sebab tak sakit.

Nak kukuhkan lagi cerita Cm tentang kebaikan VitaLea ni jom tengok testimoni kawan-kawan Cm

testimoni VitaLea Shaklee

testimoni VitaLea Shaklee

testimoni VitaLea Shaklee

Macam mana berminat tak nak cuba VitaLea ni kalau berminat jom dapatkanya sekarang saya bagi harga kasih sayang sebab sekarang ada promosi tau sampai hujung bulan Febuari 2015 ni jadi jangan lepaskan peluang anda.

Tel / Whspp
-  Dayah -
017-6769231

Thursday, February 5, 2015

Tiada Lagi Masalah Sembelit / Ostematrix Shaklee

Masalah sembelit tidak mengenal usia boleh terjadi pada sesiapa sahaja samada bayi mahupun orang tua. Cuteummi salah seorang darinya masalah sembelit ni berlaku semasa hamil dan selepas bersalin. Punca utama terjadi masah sembelit ni ketika CM hamil dan lepas bersalin sebab CM kurang makan makanan yang berserat tinggi macam sayur-sayuran dan buah-buhan. Ye la masa hamil CM tak jaga corak pemakanan aci makan je terutama bila mengidam waktu tu suka yang manis-manis je.. dan bila dalam berpantang banyak pantang larangnya sayur tu tak boleh makan buah tu tak boleh makan, minum air kosong pun kene sukat tak boleh banyak-banyak. Habis tu tak ke sembelit jadinya. Tapi syukur sangat di perkenalkan dengan produk shaklee iaitu ostematrix. Sebelum tu CM ingatkan ostematrix ni di rumus khas untuk sendi,tulang je.. tapi rupanya kandungan yang terdapat di dalamnya mampu atasi masalah sembelit.

Kandungan utama yang ada di dalam ostematrix adalah
  • kalsium
  • magnesium
  • vitamin D
  • boron
  • manganese, copper, zink

Magnesium ini lah yang membantu mengatasi masalah sembelit. Tapi Bagaimana ianya dapat membantu?
Di sebabkan kemampuan Magnesium 'menarik' air ke usus maka proses peristalsis senag berlaku (peningkatan kandungan air kedalam usus membolehkan usus berfungsi dengan baik di mana makanan yang dah di hadam dapat terus bergerak ke dalam usus, ianya juga membantu membentuk makanan yang dah di hadam tadi menjadi  lebih lembut) maka ianya Berjaya membantu atasi masalah sembelit

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.

Selain itu Ostematrik ini juga ada keistemewaannya yang lain

Menguatkan Tulang                                                                                                                       

  • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas                                                                               

  • Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

Meringankan stress                                                                                                                       

  • Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid                                                                                                          

  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh                                                                                                                     

  • Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 

Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik. 




Apa kata Kawan-kawan yang dah pun mencubanya


Ostematrix atasi sembelit

Ostematrix atasi sembelit

Ostematrix atasi sembelit

Ostematrix atasi sembelit

AWESOME!! MEMANG BERBALOI
Dengan hanya satu produk mampu menyelesaikan pelbagai masalah kini CM bukan sahaja bebas dari masalah sembelit malah dari hari pertama pengunaan boleh rasa perbezaan badan. Seperti tiada lagi rasa lenguh pada lengan selepas sesi penyusuan malah tido malam tiada lagi kaki meragam di sebabkan cramp. Bagi sesiapa yang alah pada susu atau tak suka minum susu macam husben CM memang CM recommend try la ostematrik ni memang tak rugi. Husben CM pun setuju dia pun dah cuba and sekarang pengguna tegar.

Ostematrik atasi sembelit

Macam mana nak dapatkan produk ni?
Anda boleh terus berhubung dengan CM nanti harga boleh dirunding jangan bimbang memang mampu milik di samping konsaltasi percuma sampai bila-bila yang anda perlukan