Tuesday, February 17, 2015

Kelas Jahitan Saya


ESP bantu saya fokus


Hari tu Cm ada pos tentang azam tahun baru Cm nak menjahitkan, so hari ni Cm nak cerita lebih detil tentang kelas jahitan yang Cm dok belajar sekarang ni..Waktu Cm pos entry ni Cm dah nak masuk sesi ke-2 kelas jahitan, baru je habiskan sesi pertama.

Sebelum tu Cm nak promote dulu kelas jahitan yang Cm tengah belajar ni, Cm tak ambik shot kos tau maksudnya belajar menjahit sehari siap satu pasang baju, sebab takut nanti ilmu yang dapat sekejap nanti bila tak amalkan lupa. Jadi Cm pilih ambil kalas jahitan yang buat seminggu sekali kelas and run sehari dalam 4jam sahaja. Paling best ada syllabus yang perlu di pelajari maksudnya ada beberapa jenis pakaian yang akan di ajar dalam sesi kelas jahitan tersebut.

Sebenarnya sebelum Cm pergi kelas jahitan ni, Cm buat research dulu tau sebab Cm kene pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Tak nak nanti jadi hangat-hangat tahi ayam. Sape yang rugi nanti diri sendiri jugak. Kene fikir jugak Cm ni dah ada tiga orang anak dan bekerja lagi jadi ada ke masa untuk menjahit nanti. Jadi disebabkan azam yang kuat tak tahu kuasa apa yang dah mendorong Cm sampai buat keputusan nekad tetap nak jugak pelajari ilmu jahitan ni..

Macam Cm cakap tadi buat research, dengar macam hebat je..tapi tak de la hebat mana pun google je cari kelas jahitan and dah jumpa kene pilih jugak sebab nak cari tempat yang mudah pada kita untuk belajar,pilihan di tangan kita jadi cari dulu yang mana berkenan di hati
Jadi Cm tetapkan satu guideline supaya ianya mudah buat Cm pilih nanti
  1. Lokasi kelas jahitan - mesti berdekatan dari rumah katekan lah tak ada jadi Cm akan pilih yang lokasi senang atau tempat tu Cm familiar jadi takde lah menyusahkan kita tercari-cari tempat tu nanti
  2. Yuran yang dikenekan - mestilah under bajet kita tau.. yang tu kita boleh tanya pada owner macam mana yuran yang dikenakan. 
  3. Facility - ini penting sebab kita bayar nak belajar kenelah pastikan kemudahannya cukup berapa pulak pelajar yang diajar pada satu masa, tengok jugak cikgu yang mengajar, jadi lebih baik pergi sendiri tengok tempat tu dulu macam Cm pegi kelas jahitan tu sebelum buat keputusan nak pilih tak berani tau melalui on line semata-mata takut indah kabar dari rupa.
  4. Program yang ditawarkan - berbalaoi tak dengan apa yang kita bayar dan belajar nanti, mampu tak kita praktikan, ianya memang mengikut minat  dan kemahuan kita tak. macam Cm zero maksudnya jahitan ni dari asa pun Cm takde jadi Cm tanya dulu macam Cm ni takde knowlage pun pasal bidang jahitan ni jadi mampu tak mengikuti progaram yang ditawarkan. So Cm nak dia ajar dari Zero sampai Hero.Barulah berbaloi.

Cm bukanlah cerewet orangnya tapi bab duit ni agak berkira sedikit, sebab tu sebelum buat sesuatu keputusan Cm akan berfikir dahulu tak nak menyesal pulak nanti.


Alhamdulillah Cm tak menyesal dengan pilihan Cm untuk ambil kelas jahitan ni sebab ni dah masuk empat kali Cm attend kelas jahitan di Azra Fesyen. Memang seronok tau, cikgu yang mengajar tu seorang yang peramah dan berpengalaman dalam bidang jahitan ni. Cm suka dengan cara dia ajar, tempat belajar pun selesa kemudan memang compled dari A samapi Z. Cuma lokasi tu jauh dari rumah Cm tapi Cm pilih jugak sebab Cm tahu tempat tu dan bayaran yuran kelas yang dikenekan pun berpatutan. Selain tu program kelas jahitan yang di ajar buat Cm tertarik untuk pilih Azra Fesyen sebagai tempat yang patut Cm pilih untuk belajar. Kalau sape-sape berminat nak join kelas jahitan ini boleh la google cari Azra Fesyen mesti jumpa and baca dulu blog madam Azra ni berkenan boleh hubungi terus dengannya. Jangan malu-malu cikgu saya ni memang peramah orangnya, saya dari zero tau empat kali hadir ke kelas jahitan di Azra Fesyen ni tak sangka dah boleh buat blous cara dia ajar memang saya tak jangka. Target saya harap-harap boleh buat baju raya sendiri dengan bantuan cikgu saya ni nanti In syaa Allah.

ESP bantu saya fokus belajar
tengah siapkan kerje rumah yang cikgu bagi



Oppss..sebelum tutup entry ni nak kongsi jugak kalau nak kekal aktif macam Cm korang patut cuba ni. Mulakan pagi anda dengan sarapan yang ringkas tapi berkhasiat
                                                                   
ESP + Milo
ESP bantu saya fokus belajar
jom sarapan!


kenyang,Cm boleh kekal bertenaga and tak rasa lapar pun sepanjang kelas yang penting boleh fokus, perut kalau lapar susah nak fokus tau... Jom cuba!! Beli dengan Cm dapat bagi harga mampu beli punya..

Tel/Whspp:
017-6769231
(Dayah)



Sunday, February 15, 2015

Mulakan Hari anda dengan VitaLea

Assalamulaikum,

Minggu ni Cm dalam operasi tengah kumpulalkan stok susu ibu untuk  my baby ni. Almaklumlah tingal dua minggu je lagi nak naik kerje. Rasa cepat betul masa berlalu kejap je dah nak masuk 3 bulan Cm cuti bersalin. Berat betul rasa hati nak lepaskan si comel ni kepangkuan orang lain pulak menjaganya. Ye la dari lahir sampai sekarang Cm yang jaga dan tambahan pula fully breastfeeding  lagilah rasa susah nak berpisah dengan dia. Dia pun dah kenal  "ummi" dia melalui suara Cm dan bila Cm dekat dengan dia (melalui bau badan) kagum juga Cm dengan perkembangan baby Cm ni belum lagi 3 bulan tapi banyak perkembangan dia dah capai.

buat susu pekat
pic ni diambil dia dah genap 2bulan padai nak main bila Cm cakap dengan dia mesti senyum

Baru-baru ni Cm bawak baby Cm gi chekUp untuk cucuk 2bulan Doktor pun puji berat badan baby Cm naik dengan baik and perkembangan dia pun bagus, Alhamdulillah dengan IzinNya jua..
Tak sia-sia Cm bersengkang mata bangun tengah malam kadang-kadang 2-3jam sekali untuk menyusukan dia. Sebab Cm percaya susu ibu adalah susu terbaik buatnya.
Sejak amalkan VitaLea shaklee ni Cm suka sangat sebab baby Cm bukan aje cepat kenyang malah Cm pun dapat buat stok susu ibu dengan lebih banyak lagi malah Cm perasan susu tu lebih pekat dari biasa patut la baby Cm cepat kenyang.



Bukan je baby Cm je yang dapat Khasiatnya malah Cm pun turut terkesan tau, badan ni rasa lebih bertenaga and cergas aje nak menguruskan 3 orang anak Cm ni memang takada masalah lagi.Harap maklum ye..Cm ni bukan aje uruskan yang si kecil ni aje malah yang kakak bersekolah and yang abang nak masuk 3 tahun tahulah tengah lasak . Jadi Cm memang memerlukan tahap tenaga yang optimum bagi memastikan anak-anak Cm terurus.Tu tak termasuk lagi suami tercinta jadi bayangkan lah walaupun bercuti bersalin tapi bab uruskan anak-anak dan suami tak de cuti ye..

Ok Cm nak kongsi sangat-sangat buat para ibu atau bakal ibu yang bakal melahirkan anak kalau berhasrat nak menyusukan anak anda dengan susu ibu, Cm galakan cuba VitaLea ni kalau tak caya cuba google mesti jumpa punye. Tak caya cari set penyusuan shaklee, set berpantang shaklee, set kehamil, set kesihatan optimum, set tambah berat badan pasti anda akan terjumpa VitaLea ni dalam setiap set yang Cm sebutkan tadi. 

VitaLea Shaklee

Nak tahu kenapa? 

  1. sebab VitaLea ni MultiVitamin yang terbaik, Cm tak propa tau ini terbukti apabila Vita-Lea telah dipilih untuk Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multti - Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.
  2. Tahu tak Vita-Lea Shaklee berwarna hiajau lumut kerana disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.
    VitaLea Shaklee

  3. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab".
  4. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. 
  5. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  6. Ini Cm paling suka,Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Baguskan boleh jimat duit tak payah keluar duit untuk kos rawatan sebab tak sakit.

Nak kukuhkan lagi cerita Cm tentang kebaikan VitaLea ni jom tengok testimoni kawan-kawan Cm

testimoni VitaLea Shaklee

testimoni VitaLea Shaklee

testimoni VitaLea Shaklee

Macam mana berminat tak nak cuba VitaLea ni kalau berminat jom dapatkanya sekarang saya bagi harga kasih sayang sebab sekarang ada promosi tau sampai hujung bulan Febuari 2015 ni jadi jangan lepaskan peluang anda.

Tel / Whspp
-  Dayah -
017-6769231

Thursday, February 5, 2015

Tiada Lagi Masalah Sembelit / Ostematrix Shaklee

Masalah sembelit tidak mengenal usia boleh terjadi pada sesiapa sahaja samada bayi mahupun orang tua. Cuteummi salah seorang darinya masalah sembelit ni berlaku semasa hamil dan selepas bersalin. Punca utama terjadi masah sembelit ni ketika CM hamil dan lepas bersalin sebab CM kurang makan makanan yang berserat tinggi macam sayur-sayuran dan buah-buhan. Ye la masa hamil CM tak jaga corak pemakanan aci makan je terutama bila mengidam waktu tu suka yang manis-manis je.. dan bila dalam berpantang banyak pantang larangnya sayur tu tak boleh makan buah tu tak boleh makan, minum air kosong pun kene sukat tak boleh banyak-banyak. Habis tu tak ke sembelit jadinya. Tapi syukur sangat di perkenalkan dengan produk shaklee iaitu ostematrix. Sebelum tu CM ingatkan ostematrix ni di rumus khas untuk sendi,tulang je.. tapi rupanya kandungan yang terdapat di dalamnya mampu atasi masalah sembelit.

Kandungan utama yang ada di dalam ostematrix adalah
  • kalsium
  • magnesium
  • vitamin D
  • boron
  • manganese, copper, zink

Magnesium ini lah yang membantu mengatasi masalah sembelit. Tapi Bagaimana ianya dapat membantu?
Di sebabkan kemampuan Magnesium 'menarik' air ke usus maka proses peristalsis senag berlaku (peningkatan kandungan air kedalam usus membolehkan usus berfungsi dengan baik di mana makanan yang dah di hadam dapat terus bergerak ke dalam usus, ianya juga membantu membentuk makanan yang dah di hadam tadi menjadi  lebih lembut) maka ianya Berjaya membantu atasi masalah sembelit

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.

Selain itu Ostematrik ini juga ada keistemewaannya yang lain

Menguatkan Tulang                                                                                                                       

  • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas                                                                               

  • Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

Meringankan stress                                                                                                                       

  • Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid                                                                                                          

  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh                                                                                                                     

  • Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 

Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik. 




Apa kata Kawan-kawan yang dah pun mencubanya


Ostematrix atasi sembelit

Ostematrix atasi sembelit

Ostematrix atasi sembelit

Ostematrix atasi sembelit

AWESOME!! MEMANG BERBALOI
Dengan hanya satu produk mampu menyelesaikan pelbagai masalah kini CM bukan sahaja bebas dari masalah sembelit malah dari hari pertama pengunaan boleh rasa perbezaan badan. Seperti tiada lagi rasa lenguh pada lengan selepas sesi penyusuan malah tido malam tiada lagi kaki meragam di sebabkan cramp. Bagi sesiapa yang alah pada susu atau tak suka minum susu macam husben CM memang CM recommend try la ostematrik ni memang tak rugi. Husben CM pun setuju dia pun dah cuba and sekarang pengguna tegar.

Ostematrik atasi sembelit

Macam mana nak dapatkan produk ni?
Anda boleh terus berhubung dengan CM nanti harga boleh dirunding jangan bimbang memang mampu milik di samping konsaltasi percuma sampai bila-bila yang anda perlukan