Monday, August 10, 2015

Peristiwa Di KLIA2



07:00 Ogos 2, 20015 - naik pesawat AK416 dari KLIA 2 ke Husein Sastranegara Airport (Bandung)

Ada pengalaman menarik yang terjadi waktu Cm nak cek in kat KLIA2 tau..sebab first time naik kapal terbang di KLIA2 kami tiba jam baru pukul 04:30 tengok waktu berlepas pesawat AK416 kira-kira jam 06:50 so kami pun berkira ada waktu lagi ni.. nak buat solat subuh dulu la..lepas cek in bagasi. 
05:40 kami dah selesai proses bagasi. Terus cari surau sebab dah nak masuk waktu subuh. Biasa la orang perempuan solat agak lama sikit berbanding lelaki jadi dah guna masa kira-kira 15-20 minit. Tengok jam dah 06:15 rasa macam awal lagi konon-konon sempat la, dengan yakin kita orang pun jalan berlengang je menuju ke balai berlepas. 
La.. ingatkan dah masuk balai berlepas tu kira dah selamat la kan, rupanya nak menuju ke stasyen pesawat kita tu punya la jauh. Berjalan kaki kira-kira setengah jam rasanya nak tiba ke stasyen 12 (pintu pesawat AK416 berlepas) Dah la waktu tu tengah mengendong anak lagi la terasa perjalanan tu lagi lambat mana la Cm nak lari jalan secepat yang mungkin je la.. Memang tak di duga samapi je di stesyen 12 pintu berlepas dah di tutup. Waktu tu perasan gembira dah bertuka ke perasan hamapa, dan kecewa. Betul ke ni pesawat dah berlepas ke?? kami cuma terlewat seminit je.. Sumpah kalau la tahu punya la jauh pintu berlepas pesawat kami ni dah lama dah kami cek in dulu. Sebab rupanya surau pun memang ada di sediakan di balai berlepas (mana la..nak tahu first time)
Alhamdulillah ada lagi rezeki kami nak bercuti ke Bandung, Encik suami yang uruskan dengan staff AirAsia, tapi dapat la hadiahnya kene warning sikit dengan staff tu muka dia pun dah tak de senyum dah ada nada membebel terpacul keluar dari mulut dia. Tak pe la terasa sikit  je.. memang salah kami pun, janji kami di terima masuk naik kapal terbang menuju ke bandung..
Ye.. percutian ku pun bermula.. Selamat Tinggal Malaysia...



In syaa Allah next entry Cm ceritakan pulak pengalam bercuti di Bandung selama 4 hari 3 malam. 

Oppss penambahan buat ibu-ibu yang rajin travel yang nak bawak baby kan.. macam Cm nak jimat kos bagasi supaya tak lebih timbangan muatan, Cm tak bawak pun kereta sorong anak, Cm gantikan dengan beg kendong je.. memang jimat.. dan mudah 

Posing sikit ni la beg kendong yang Cm dok kendong baby bila nak keman-mana terutama bila traveling

Nak bagi lagi cantik.. bila traveling ni Cm jaga stamina tau oh.. cara Cm jaga stamina senang je tak samapi kene pegi gim pun..  ye la nak kendong baby lagi, berjalan lagi, kita nak pergi melancongkan mesti banyak aktiviti di lakukan dalam satu hari. Cara Cm hanya pastikan Vitamin Shaklee  mesti Cm bawak bila nak traveling, tak banyak pun cukup 4 jenis iaitu:
  1. VitaLea
  2. Ostematrix
  3. B Complex
  4. Garlic
nantikan cerita seterusnya bagaimana vitamin shaklee ni banyak membantu Cm sepanjang percutian di Bandung.