Sunday, October 19, 2014

Tips Persediaan Menyambut Kelahiran Bayi

Tips menyambut ahli baru dalam keluarga


Bedebarnya rasa  menunggu hadirnya ahli baru dalam keluarga kami. Semakin hampir hari kelahiran, semakin panik dibuatnya,  walaupun ini bukanlah pengalam yang pertama buat saya mahunpun suami  tetapi tetap rasa teruja dan bedebar seolah-olah ianya baru pertama kali menjadi ibu.

Bagi membantu menghadapi hari bahagia ini, Saya dah membuat senarai keperluan yang perlu ada bagi menyambut  bayi saya nanti agar tiada keperluan yang tertinggal nanti.

Menyediakan keperluan bayi amat mengujakan bagi saya dan terkadang menyebabkan boleh membeli secara berlebihan. Untuk  elakkannya saya perlu menyediakan senarai cadangan keperluan asas ini. Sekiranya nanti  saya rasakan masih ada kekurangan, boleh lengkapkannya apabila si comel selamat di lahirkan

Senarai Barang Bayi Dan Ibu yang Di Perlukan:


KEPERLUAN & KELENGKAPAN

TIK (√)

Pakian Bayi :


  • mulakan dengan hanya beberapa helai dan tambah lagi seiring pembesaran mereka.
  • Ini termasuk stoking, sarung tangan, penutup kepal/topi bayi, barut & kain bedung


Mandian Bayi:

  • mandian tanpa sabun yang mempunyai kadar pH 5.5.
  • tuala, minyak urut bayi seperti minyak Yu Yee Cap Limau, krim ruam bayi, 
  • kapas muka dan putik kapas.
  • Besen mandi bayi 
  • Pencuci khas untuk pakaian bayi perlu kerana kulit bayi amat sensitif.


Keperluan menyusu:

Memilih untuk Susu Badan
  • baju dalam khas menyusu, pengepam susu, pad susu dan krim payudara. 
  •  bekas simpanan susu, botol serta puting susu, bekas rendaman stim, berus botol, penghangat botol
  • Jika anda bekerja, sediakan juga beg pendingin bagi menyimpan susu yang dipam di pejabat.


Keperluan menyalin lampin:

  • Biasanya bayi perlu ditukar lampinnya sekerap 10-12 kali dalam sehari
  • boleh memilih lampin pakai buang atau kain
  • Untuk lampin pakai buang, hanya satu pek bersaiz Newborn diperlukan.
  • Selebihnya belilah selepas bayi dilahirkan untuk saiz yang lebih sesuai
  • Pilihan lampin kain bukan sahaja menjimatkan kerana boleh diulangpakai tetapi juga lebih mesra alam sekitar.
  • Sediakan juga: lapik khas kalis air yang mudah dilap, tisu basah dan krim ruam





Keperluan tidur bayi:

  • tilam khas bayi, bantal dan sarung bantal, 
  • 2 lapik tilam kalis air, 
  • selimut khas bayi yang lembut serta ringan dan kelambu bayi jika dirasakan perlu.


Keperluan perjalanan:

  • Stroller 
  • beg bayi untuk semua kelengkapan,  
  • baby pram, pastikan ia boleh diubah kepada posisi berbaring penuh 


Keperluan ibu:

keperluan asas untuk dibawa ke hospital
  • selipar jepun, stokin tebal, pad khas bersalin atau pad biasa, baju kain kapas yang longgar serta serap peluh.

Sediakan juga set bersalin yang mengandungi keperluan asas seperti minyak urut dan bengkung. sediakan juga tunku untuk bayi.



Penyimpanan Darah Tali Pusat

  • Atas kesedaran tentang pentingnya darah tali pusat dan kemampuannya menyelamatkan nyawa manusia
  • ramai ibu bapa turut memasukkan proses penyimpanan darah tali pusat bayi baru lahir mereka dalam senarai semak persiapan menyambut bayi baru. 
  • Tetapi kosnya mungkin tinggi bagi sesetengah pihak.


Jika perlu

Bagaimana buat anda yang bakal menerima orang baru.. Bimbang banyak lagi keperluan yang belum ada tapi tarikh makin dekat..  Peruntukanlah masa anda sehari pergilah Expo barangan bayi sebab di sana semuanya ada untuk si Manja dan para ibu Cuma nasihat saya berbelanjalah mengikut keperluan, Gunalah senarai di atas supaya dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat

Tips menyambut ahli baru dalam keluarga

Tips menyambut ahli baru dalam keluarga

Tips menyambut ahli baru dalam keluarga



Artikel Berkaitan:
Tips menyambut ahli baru dalam keluarga

Tips menyambut ahli baru dalam keluarga

No comments:

Post a Comment