Monday, March 23, 2015

Ruam pada Bayi Cara Atasinya?

Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi


Assalamualiakum,
Rindunya Cm nak berbloging semula dah nak sebulan tak dapat-dapat nak siapkan satu entry pun.
Ada je kekangan dan halangannya. Tapi hari ni Alhamdulillah dapat jugak sediakan satu entry untuk blog Cm ni. Topik hari ni Cm nak syare tentang Ruam khusus yang selalu kena baby la..kan jadi Cm nak syare sebab baby Cm pun terkene jugak.

Bagi Cm ruam ni biasa je dihadapi oleh semua bayi malah orang dewasa pun ada menghidapinya faktornya disebabkan kulit terkena sesuatu bahan iritasi atau alergen yang memberi tindak balas kegatalan dan merebak disekitarnya hingga kulit menjadi merah dan kadangkala boleh terluka

Antara alergen utama yang menyebabkna ruam terjadi pada bayi:
  1. Sabun pencuci pakaian/mandian
  2. Minyak bayi
  3. Losyen
  4. Barang mainan terutama yang berbulu
  5. Fabrik terutama sarung tangan bayi dan lampin bayi
  6. Susu 
  7. persekitaran
  8. Cuaca panas & lembap


Cm pun baru belajar tentang ruam ni rupanya dia ada jenis-jenisnya dalam istilah kita la sebelum ni Cm ingatkan semua ruam tu sama.

Ruam Panas


  • Apabila panas dan lembap di luar bayi akan berpeluh jika terlalu banyak peluh keluar pori kulit tersumbat maka air peluh tidak dapat keluar lagi, maka ruam panas akan timbul.
  • Badan bayi tiba-tiba ada ruam merah terang dan berbintik di kawasan seperti leher, bawah lengan atau ditepi lampin jangan bimbang ye.. itu mungkin ruam panas
  • ruam panas biasa timbul di kelipat-kelipat kulit seperti leher, dada, ketiak dan kelangkang.
  • Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi


Ruam Susu

  • Kesan daripada lelehan susu yang dibiarkan dan tidak dilap 
  • berkemungkinan juga di sebabkan bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu 
  • kulit bayi akan kelihatan kemerahan, membengkak dan bersisik
  • Pipi adalah kawasan kulit bayi sering terkena titisan susu


Ruam Lampin


  • Bayi di biarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang dengan terlalu lama
  • kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. 
  • pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin.  



Ekzema

  • adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi rasa gatal, merah, kering, merekah dan tak selesa
  • Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. 
  • Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari 
  • kaki. 


Allergy


  • Alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. 
  • kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang.
  • Biasanya simptom tidak berpanjangan dan akan hilang



Baby Cm kategori Ekzema memang dah faktor genetik nak buat macam mana.. Anak Cm yang sulong pun ada tapi syukur sangat kedua-duanya tak la sampai tahap kronik cuma perlu penjagaan yang rapi kuli mesti tak boleh kering and lembap sangat. Dulu Cm ada la ambil ubat dari Doktor jenis steroid tapi di sebabkan Ekzema ni memang kena selalu sapu cream tu jadi Cm rasa dah tak sesuai untuk penggunaan jangka panjang sebab kulit jadi nipis di buatnya.
Kesian diorang jadi Cm sekarang lebih suka pakai ni...? mula-mula tak percaya jugak tapi nak kan produk yang hanya guna bahan-bahan semulajadi jadi, Cm pun cuba je la tak cuba tak tahukan mujarab ke tak lagi pun harga murah je tak sampai Rm50 pun kurang lagi ada la..

Nak Tahu apa Produk Tu..


Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi

Ini Dia Herbal Blend shaklee



TESTIMONI SAYA
Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi
Ekzema
Pic ini di ambil waktu anak sulong saya berumur 5thn.
Memang Doktor sahkan anak saya ada Ekzema, sebenarnya dah menghidapi Ekzema ni sejak berusia 2bln lagi
Rawatan yang selalu di beri oleh Doktor cream steroid bila teruk (kulit seperti gambar diatas luka, berdarah dan berair) tapi bila dah kering sapu Aqua Cream inilah ubatan yang saya ambil untuk merawat Ekzema anak saya ini
Sehingga lah saya rasa sudah terlalu lama anak saya bergantung pada ubatan cream ini sehingga kulit nampak nipis
Bimbang maka saya tukarkan pulak pada cream herbal blend shaklee ini KENAPA??
Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan tidak ada kesan sampingan seperti cream yang di beri oleh klinik
Bila sapu pada anak dia cakap "sejuk ummi cream ni akak suka la.."
malah buat kulit anak rasa nyaman dan tak gatal
Saya dah guna setahun Alhamdullilah dia tak mengaru lagi dan kulit maintain tak kering dan berdarah lagi
malah setahun penggunaan saya lihat kulit anak makin pulih dan tak menghakiskan kulit

Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi
Ini Anak yang ke 3 pulak dapat Ekzema
Di sebabkan dah ada pengalaman dengan yang sulong tu so.. Cm dah tahu apa nak buat
Cm lepas mandikan dia mesti sapukan cream Herbal Blend ini wajib 2 kali sehari buat
and satu lagi Cm dah tak pakaikan dia sarung tangan lagi sebab tu pun salah satu faktor penyebab kulit dia jadi sensitif
So far Cm nampak Ekzema dia selalu ada pada celah telinga sahaja
Sejak sapu Herbal Blend ni bahagian tu dah tak berair dan kemerah-merahan lagiSebab cream tu sejuk buat dia nampak selesa bila sapu pada bahagian telinga tu
jadi Cm kerap letak sebab tu 2 hari je dah baik
 
Berminat tak nak rawat ruam anak tanpa mengunakan ubat berunsur steroid yang menyebabkan kulit anak anda makin nipis
Dan harga pun murah je berbanding kos rawatan di klinik ianya bukan sahaja boleh di gunakan pada bayi malah satu keluaraga (multipurpose cream)
Jangan terkejut ye.. dengan pembelian Herbal Blend Shaklee ini anda hanya perlu membayar kurang dari RM50 termasuk kos pos

Berminat Hubungi Cm sekarang

Herbal Blend shaklee atasi ruam bayi