Monday, April 20, 2015

Bagaiman Persiapan Fizikal & Mental Jemaah Haji & Umrah

.

Assalamualaikum,

Hari ini Cm excited sangat nak buat artikel tentang ibadah haji & umrah walaupun belum di izinkan oleh-Nya menjadi tetamu-Nya tetapi niat dan impan itu dah tertanam sekain lama In Syaa Allah ada rezeki suatu hari nanti akan ku pijakan jua kaki ku ketanah suci Mekah Al Mukarramah amin..

Cm excited sebab Cm tumpang happy and bersyukur sangat sebab seminggu je lagi In Syaa Allah mak dan ayah Cm akan pergi menunaikan ibadah umrah. Ini pertama kali mak dan ayah Cm menjejakan kaki ketanah suci Mekah. Jadi sebagai anak tanggung jawab Cm untuk memastikan keadaan Fizikal mak dan ayah Cm dalam keadaan baik bagi membolehkan mereka senang beribadah nanti.

Cm tahu dalam menjalani ibadah Haji & Umrah persediaan dari segi mental dan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran mahu pun cuaca yang sangat berbeza berbanding di tanah air. Selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki untuk Tawaf, bersaie dan melontar Jamrah.

Ini penting Buat Bakal Jemaah Haji & Umrah
Antara perkara-perkara yang perlu dibuat Persediaan Fizikal ialah:

1.  Pemeriksaan Kesihatan


lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh(General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

2.  Nasihat Doktor Perunding


Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asama dan sebagainya, mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. 

3. Pengambilan Suntikan Pelalian Vaksin 'Meningococcal Meningitisoccal Meningitis'


Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis' di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi. Penyakit 'Meninggococcal Meningitis adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitides. Jangkitan penyakit ini menyebabkan radangan pada bahagian selaput otak dan saraf tunjang. Dan atas sebab itu semua bakal haji dan umrah adalah diwajidkan mendapatkan pelalian 'Meningococcal Meningitis' yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan.

4.  Latihan Kecergasan


Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana  persediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti tawaf, saie dan melotar jamrah . Ubah kegiatan harian kita dengan melakukan aktiviti ini seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar/kedai yang berdekatan dengan rumah dan lainnya dengan berjalan kaki sahaja tanpa mengunakan kenderaan lagi

Bagi memastikan ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun perbezaan cuaca di sana nanti.

5.  Membiasakan Diri Berada Di Cuaca Panas Terik


Bekerja, berkebun atau beraktiviti di tengah terik panas matahari perlu dilakukan untuk melatih fizikal agar bakal jamaah membiasakan diri dengan sengatan matahari dan keadaan di Tanah Suci yang lebih panas.


Pada musim panas, suhu siang hari di Arab Saudi boleh mencapai 40-50 darjah Celsius, kepanasannya menyengat di samping angin kering membahang hingga menyebabkan ramai jemaah meninggal dunia akibat ‘Heat Stroke’ (kekurangan cecair dalam badan). 
.
.

6.  Membiasakan Diri Dengan Suhu Dingin


Latihlah diri untuk bangun malam berqiamullail bagi menzalimi ibadah di samping membiasakan diri dengan air dan cuaca dingin. Ini tujuannya mempersiapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi keadaan di Mekah kerana terpaksa bangun awal untuk ke Baitullah bagi solat Subuh.

Di samping cabaran bermalam di Mina dan Padang Arafah kerana suhu waktu malam dan musim sejuknya boleh turun sehingga 10ºC yang disertai angin kering dan dingin menusuk tulang.


7. Bekalan Supplement yang sesuai untuk jemaah haji & umrah  

Ini perlu bagi memastikan tahap fizikal sentiasa optimum dalam menjalani ibadah nanti. Hampir keseluruhan jemaah haji akan mengalami jangkitan yang biasa seperti demam, batuk, selsema ini memang susah untuk di elak kerana faktor cuaca, keadaan yang bersesak, dihaydrasi dan lain-lain terutama buat para jemaah yang mempunyai imuniti rendah. Jadi bekalkan lah supplement kesihatan yang sesuai bagi menghadapi saat-saat kecemasan nanti lagi bagus jika diamalkan pengambilan supplement kesihatan dari sekarang atau sebelum bertolak lagi. Supaya sel-sel badan bersedia menerima ketahanan badan nanti.
kekal cergas & sihat sepanjang beribadah


Buat Mak dan ayah Cm dah siapkan dari awal pengambilan Supplement ini bagi memastikan tahap kesihatan fizikal berada dalam keadaan optimum
Salah satu darinya yang mak dan ayah telah amalkannya ialah:

B Complex

  • Vitamin B Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya membantu mengelakkan kelesuan dan keletihan.
  • Membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Ostematrix

  • Kalsium yang kurang dalam tubuh menyebabkan sistem imun yang lemah dan menyebabkan mudah diserang virus penyakit.
  • Pengambilan kalsium dapat membantu memperbaiki simptom insomnia, ketidakseimbangan emosi, kelesuan, anemia, kekejangan otot, kebas-kenas dan sebagainya. 

Sustained Released Vitamin C

  • Menguatkan ketahanan badan 
  • dapat membantu memelihara sel badan, kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah.
  • Antioksidan dan sangat penting untuk melawan jangkitan sepanjang di tanah suci seperti jagkitan selsema, sakit tekak, demam



Mudah-mudahan dengan ini di harapkan mak dan ayah mampu menunaikan ibadah umrah dengan sempurna begitu juga buat bakal jemah haji yang lain jika berminat untuk mendapatkan set asas vitamin dari shaklee ini saya syorkan ambil la dari sekarang bagi mempersiapkan diri dari segi fizikal agar daya tahan badan menjadi kuat agar mampu menangani segala faktor luaran yang bakal di hadapi nanti.

Testimoni ibu mertua saya sendiri

kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
Menerima surat tawaran dari tabung haji ibu mertua dapat menunaikan ibadah haji tahun (27 ogos 2014) lepas semua ahli keluarga berasa syukur dan gembira cuma terdetik kebimbangan kerana keadaan ibu mertua pada ketika itu berkerusi roda dan tiada mahram. Keadaan kakinya yang lemah tapi kudratnya masih kuat dan di sebabkan keinginan dan hasat ibu mertua sekian lama untuk menjejakan kaki ketanah suci mekah mendorongnya menerima tawaran tersebut. kami berikhtar bagi memastikan keadaan fizikal ibu mertua bersedia dalam menempuhi cuca, susana, persekitaran berbeza dan faktor-faktor kesihatan yang lain saya mengesyorkan ibu mertua mengambil supplemen kesihatan sedari awal sebelum berangkat lagi. ibu mertua hanya mengamalkan VitaLea (multivitamin) dan  Sustained Released Vitamin C (Menguatkan ketahanan badan)

kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
Komen dari ahli keluarga dan sudara mara


kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
Ketika berada di hotel Madinah nampak ceria dan bertenaga tanpa kerusi roda 
kekal cergas & sihat sepanjang beribadah
 kembali ketanah air di sambut oleh anak-anak menantu dan cucu-cucu syukur ibu mertuaku pulang dengan selamat dan sihat takde masalah kesihatan yang lain mahu pun batuk selsema atau demam. Rasa puasa lihat usahaku berhasil dalam memastikan keadaan kesihatannya terjamin bersama shaklee dengan Izin-Mu jua Ya..Allah.


Jom dapatkan set asas vitamin untuk ibu ayah anda yang bakal mengerjakan haji & umrah. Ringankan masalah kesihatan mereka supaya mereka dapat beribadah dengan tenang.
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan Set asa vitamin haji&umrah ini anda boleh hubungi saya melalui:
Sms / call/ whatsapp: 017-6769231 (dayah)
Email: dayahano1984@gmail.com

2 comments:

  1. Terima kasih di atas sokongan anda semua yang telah mencuba Set asas Vitamin Haji & Umrah
    Kami banyak menerima maklumbalas yang positif, Alhamdulillah.
    Atas sambutan yang mengalakan kami telah menyediakan laman web khas tentang kelebihan vitamin ini berserta testimoni yang telah banyak membantu memudahkan para jemaah haji & umrah mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka sepanjang beribadah di tanah suci Mekah.
    Anda boleh Layarinya di:
    www.dnorshop.com

    ReplyDelete
  2. Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

    Anway, saya suka sarankan untuk menggunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

    Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

    ReplyDelete