Alhamdulillah.. Akhirnya saat yang di tunggu tiba jua.
Kehadiran insan comel yang di nanti dan di kandung selama 9 bulan telah selamat
di lahirkan pada 4 Disember 2014 agak lewat tiga hari dari tarikh jangka
bersalin.Tapi segalanya hanya rancangan yang menentukan sudah semestinya Dia
Yang Maha Pencipta Allah s.w.t. Reda dan bersyukur di atas segala
ketentuan-Nya, saya dapat bersalin Normal dan semuanya di permudahkan.. kali ni
ahli baru keluarga saya bertambah lagi girl's dengan berat lahir 3kg, syukur
sihat dan sempurna sifatnya.
Istimewa buat saya dah tentulah proses BERPANTANG berkuat
kuasa je lepas saya selamat melahirkan anak. Kita orang melayu biasalah 44 hari
adalah syarat wajib berpantang. Bagi saya ianya satu tempoh yang boleh la di
katakan menguji kesabaran tapi demi kesihatan dalaman dan di katakan kalau
betul lah cara kita berpantang insyaAllah boleh dapat balik
- Potongan badan asal
- Sihat dan cergas seperti sedia kala
- Kelihatan jelita
- dan mampu mengekalkan minat suami semula
- Maka tidak hairanlah kami ni.. wanita melayu masih amalkan adat berpantang
Cuma bezanya di zaman moden kini saya tidak lah mampu
terlalu mingikut amalan berpantang dulu-dulu. Malah ibu saya pun dah lupa
pantang larang orang berpantang ni.. jadi saya cuma mampu meneruskan amalan
rutin yang biasa bagi orang perempuan lain amalkan selepas bersalin seperti:
Bengkung
- dipercayai membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kebentuk asal
- mengalakkan postur badan yang baik
- melindungi organ dalaman dan membolehkan rahim cepat kecut dan kembali ketempat asal
Urut-mengurut
- baik untuk lancarkan aliran darah
- mengeluarkan darah lokia / darah lepas bersalin yang terperangkap
- menaikkan semula rahim
- membetulkan semula urat-urat yang tegang,terputus
- memecahkan lemak
- mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas berkerja keras melahirkan anak
- melancarkan susu ibu
Jamu
- mengembalikan tenaga
- memanaskan badan
- melawaskan pembuangan air
- mengeluarkan lemak dan toksin
- mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur
- mengeluarkan angin
Bertungku
- mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
- memecahkan lemak
- mengembalikan tubuh badan asal
Mandian-mandian herba & akar kayu
- mengembalikan tenaga
- mengeluarkan angin
- menghapuskan bau dari darah nifas dan rembesan lain
- merawat urat-urat yang sengal
Tapi saya tidak mampu melakukan amalan berpantang ini
seorang diri. Maka penjagaan semasa berpantang, saya amat memerlukan ibu saya
untuk membantu. Di sebabkan ini merupakan cahaya mata yang ke-3 jadi saya
memilih hanya 2 minggu sahaja saya perlukan penjagaan rapi dari ibu saya.
Terutama semasa berurut dan bertungku yang lain saya mampu lakukannya sendiri.
Terima kasih buat semua ahli keluarga saya dan mertua saya
yang telah bersusah kerana saya sepanjang tempoh bersalin dan berpantang ini..
tanpa kalian di sisi amat sukar buat saya menempuhi dugaan ketika berpantang..
dengan dua lagi anak saya yang masih memerluka perhatian dengan ada atuk
dan opah buat mereka selesa dan masih di beri perhatian tanpa ummi di sisi
mereka tak seperti selalunya..
Dan sebelum penutup entry kali ini, saya nak kongsikan
rahsia saya walaupun saya tengah berpantang tapi saya masih lagi mampu
menyiapkan entry kali ini. Sejak awal mengandung sehingga bersalin telah
amalkan supplement dari Shaklee membuatkan berpantang kali ketiga memang terasa
lebih mudah dan badan lebih bertenaga sakit pun dah tak rasa. Enam hari dalam
pantang saya mampu naik turun tangga cuma ibu bising tak elok nanti tumpah
darah katanya. Baiklah ibu cuma nak bagi tahu rasa badan tu kuat tak rasa sakit
dah rasa macam dah kembali normal.. Tapi selagi tak habis pantang 44 hari saya
di larang melakukan aktiviti berat dan lain-lain lagi yang nak cerita punyalah
banyak pantang larangnya.. Jadi bersabarlah wahai diri walaupun nak melakukan
banyak aktiviti yang di minati tapi tunggu dululah ye..
Inilah Dia Set Berpantang dari Shaklee yang saya amalkan dan
gantikannya dengan Jamu.
![]() |
klik di sini for more info |
Banyak khasiatnya dan terbukti berkesan dalam memulihkan
organ dalaman dan luaran bukan tu sahaja malah susu badan pun semakin banyak
membuatkan baby girl saya ni cepat kenyang dan tak perlukan susu formula pun
hanya susu ibu sudah mencukupi.. Malah si comel tak meragam pun membuatkan saya
lebih mudah dalam berpantang..
Berminat nak ketahui lebih lanjut tentang set berantang ni
boleh lah hubungi saya di..
selamat menerima ahli baru
ReplyDeletemoga2 sihat selalu
terima kasih teh ramuan
Deletesekarang lebih mudah kerana ada set bersalin..
ReplyDelete-Salam blogwalking daripada Kakiblog-
ye betul tu Hanafi Abdullah pilihan masing2 nak pilih yang traditional atau moden
DeleteTahniah yer CM....
ReplyDeleteOkje dulu beranak pun tak berpantang beriya.....benda kat atas kening pun tak pakai pun haha .....apa tah namanya...
tq hainom OKje sama lah kite pantang ikut mn yang perlu je.. cuteummi pun tak pakai pilis yg kat dahi tu.. huuhuuhu..
DeleteBerpantang haruslah ikut cara yg betul..kalau tak ambil perhatian, jenuh la badan nanti..
ReplyDeleteAlhamdullihan cuteummi ikut mana yang di rasa masih releven ikut arus moden tapi masih lagi amalkan traditional seperti berurut,bertungku,mandi herba jamu je bukan pilihan tapi gantikan dgn supplement kesihatan shaklee
Deletealolololo...comelnya baby. tak sabarnya nak ade baby juga.
ReplyDelete