Wednesday, December 17, 2014

Baby saya kene kuning (jaundice)

Baby saya kene kuning



Assalamualaikum semua,

Hari ni dah 15hari cuteummi dalam pantang bermakna baby pun dah berusia 15hari jugak alhamdulillah.. semuanya baik-baik je..cuma masa hari ke-6 ada nurse buat lawatan kerumah untuk memeriksa kesihatan ibu and baby. So far cuteummi ok-ok je cuma baby je nurse kate nampak kuning dari muka and mata dia. Dan nasihatkan saya supaya buat ujian darah TSB (Total Serum Bilirubin) untuk tahu setinggi mana kuning baby. Waktu tu tak terkejut pun memang dah jangka sebab memang nampak baby ada kuning sikit kat muka and mata dia. Tapi saya tak risau KENAPA tau bukan sebab saya seorang ibu yang tak ambil kisah atau tak bertanggungjawab..BUKAN ye tapi    tak risau sangat sebab baby saya kuat menyusu dan saya hanya beri susu ibu sahaja. Dengan pengalaman anak yang sebelumnya membuatkan saya lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah kuning ni..

Ikut jugak cakap nurse saya bawak baby pergi ke hospital serdang untuk ambil ujian darah TSB pada hari tu jugak. Saya sendiri pun nak tahu berapa bacaan kuning anak saya dan dalam masa yang sama memang perlu pantau agar tidak makin tinggi bacaan kuningnye nanti. Ibu mana tak sedih anak baru 6 hari dah kene cucuk dengan jarum tapi demi kesihatannya saya kene kuat dan yakin bacan kuningnya tak tinggi dan tak perlu sampai tahan hospital.Nurse kate esok saya boleh tahu keputusan TSB anak saya jadi jangan risau kalau bacaan tinggi pihak hospital sendiri akan hubungi saya nanti. Saya yakin bacaan tu nanti tak tinggi sebab baby saya kerap buang air besar dan boleh nampak najis dia pun warna kuning. 

Baby saya kene kuning


Esoknya tu saya sendiri call klinik nak tahu keputusan ujian TSB baby, patut la pihak hospital tak call bagi tahu result sebab tak tinggi bacaannye 151.3 syukur sangat bacaan kuning tak tinggi hanya perlu pantau sahaja,walaupun belum tahap normal janji tak perlu sampai kene phototherapy.

Hari ke-12 saya bawak anak ke hospital serdang lagi untuk repet bacaan TSB semula untuk pastikan bacaan turun lagi atau naik atas arahan nurse yang buat lawatan kerumah. tapi kali ni saya makin pasti bacaan akan normal sebab boleh lihat sendiri mata baby dan kulit pun dah tak kuning macam hari ke-6. Alhamdulillah memang tepat jagkaan saya bacaan kuning makin turun dari 151.3 ke 133.8. Berkat penyusuan susu ibu yang berterusan pada bayi dan saya menjaga pemakanan dan mengambil air yang secukupnya di samping tak mengamalkan jamu tetapi mengambil supplement shaklee banyak membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Saya hanya percaya pada penyusuan susu ibu sahaja boleh membantu menurunkan paras bilirubin pada bayi saya dengan cepat. Saya juga memastikan bayi saya di beri susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 2jam sekali. saya juga tidak mengamalkan sebarang petua untuk menurunkan kuning bukan tak percaya tetapi kurang yakin akan kesahihannya

Ini sikit Info cuteummi nak share tentang jaundice atau demam kuning
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat pada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut:
  1. Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3. Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5. Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes) 
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8. Keturunan.

Jadi nasihat cuteummi buat para ibubapa yang mengalami situasi sama seperti saya susu lah bayi anda dengan susu ibu sahaja kerana susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena kuning (jaundice). Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk menyusukannya, Masa ini anda akan perlu banyak rehat, air yang mencukupi, makanan dan sokongan suami bagi mengalakan pengeluran susu ibu yang banyak.

Jika masih mengalami masalah kekurangan susu badan dan inginkan penghasilan susu ibu yang banyak anda mungkin memerlukan supplement ini:

Baby saya kene kuning
more infore clic me!


Tuesday, December 9, 2014

Ini Cerita Saya Berpantang Lepas bersalin

berpantang

Alhamdulillah.. Akhirnya saat yang di tunggu tiba jua. Kehadiran insan comel yang di nanti dan di kandung selama 9 bulan telah selamat di lahirkan pada 4 Disember 2014 agak lewat tiga hari dari tarikh jangka bersalin.Tapi segalanya hanya rancangan yang menentukan sudah semestinya Dia Yang Maha Pencipta Allah s.w.t. Reda dan bersyukur di atas segala ketentuan-Nya, saya dapat bersalin Normal dan semuanya di permudahkan.. kali ni ahli baru keluarga saya bertambah lagi girl's  dengan berat lahir 3kg, syukur sihat dan sempurna sifatnya.

Istimewa buat saya dah tentulah proses BERPANTANG berkuat kuasa je lepas saya selamat melahirkan anak. Kita orang melayu biasalah 44 hari adalah syarat wajib berpantang. Bagi saya ianya satu tempoh yang boleh la di katakan menguji kesabaran tapi demi kesihatan dalaman dan di katakan kalau betul lah cara kita berpantang insyaAllah boleh dapat balik
  • Potongan badan asal
  • Sihat dan cergas seperti sedia kala
  • Kelihatan jelita 
  • dan mampu mengekalkan minat suami semula
  • Maka tidak hairanlah kami ni.. wanita melayu masih amalkan adat berpantang


Cuma bezanya di zaman moden kini saya tidak lah mampu terlalu mingikut amalan berpantang dulu-dulu. Malah ibu saya pun dah lupa pantang larang orang berpantang ni.. jadi saya cuma mampu meneruskan amalan rutin yang biasa bagi orang perempuan lain amalkan selepas bersalin seperti:

Bengkung

  1. dipercayai membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kebentuk asal
  2. mengalakkan postur badan yang baik
  3. melindungi organ dalaman dan membolehkan rahim cepat kecut dan kembali ketempat asal

Urut-mengurut

  1. baik untuk lancarkan aliran darah
  2. mengeluarkan darah lokia / darah lepas bersalin yang terperangkap
  3. menaikkan semula rahim
  4. membetulkan semula urat-urat yang tegang,terputus
  5. memecahkan lemak
  6. mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas berkerja keras melahirkan anak
  7. melancarkan susu ibu

 Jamu

  1. mengembalikan tenaga
  2. memanaskan badan
  3. melawaskan pembuangan air
  4. mengeluarkan lemak dan toksin
  5. mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur
  6. mengeluarkan angin

 Bertungku

  1. mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
  2. memecahkan lemak
  3. mengembalikan tubuh badan asal

 Mandian-mandian herba & akar kayu

  1. mengembalikan tenaga
  2. mengeluarkan angin
  3. menghapuskan bau dari darah nifas dan rembesan lain
  4. merawat urat-urat yang sengal
Tapi saya tidak mampu melakukan amalan berpantang ini seorang diri. Maka penjagaan semasa berpantang, saya amat memerlukan ibu saya untuk membantu. Di sebabkan ini merupakan cahaya mata yang ke-3 jadi saya memilih hanya 2 minggu sahaja saya perlukan penjagaan rapi dari ibu saya. Terutama semasa berurut dan bertungku yang lain saya mampu lakukannya sendiri.

Terima kasih buat semua ahli keluarga saya dan mertua saya yang telah bersusah kerana saya sepanjang tempoh bersalin dan berpantang ini.. tanpa kalian di sisi amat sukar buat saya menempuhi dugaan ketika berpantang.. dengan dua lagi anak saya yang masih memerluka perhatian  dengan ada atuk dan opah buat mereka selesa dan masih di beri perhatian tanpa ummi di sisi mereka tak seperti selalunya..

Dan sebelum penutup entry kali ini, saya nak kongsikan rahsia saya walaupun saya tengah berpantang tapi saya masih lagi mampu menyiapkan entry kali ini. Sejak awal mengandung sehingga bersalin telah amalkan supplement dari Shaklee membuatkan berpantang kali ketiga memang terasa lebih mudah dan badan lebih bertenaga sakit pun dah tak rasa. Enam hari dalam pantang saya mampu naik turun tangga cuma ibu bising tak elok nanti tumpah darah katanya. Baiklah ibu cuma nak bagi tahu rasa badan tu kuat tak rasa sakit dah rasa macam dah kembali normal.. Tapi selagi tak habis pantang 44 hari saya di larang melakukan aktiviti berat dan lain-lain lagi yang nak cerita punyalah banyak pantang larangnya.. Jadi bersabarlah wahai diri walaupun nak melakukan banyak aktiviti yang di minati tapi tunggu dululah ye..


Inilah Dia Set Berpantang dari Shaklee yang saya amalkan dan gantikannya dengan Jamu.
Berpantang
klik di sini for more info

Banyak khasiatnya dan terbukti berkesan dalam memulihkan organ dalaman dan luaran bukan tu sahaja malah susu badan pun semakin banyak membuatkan baby girl saya ni cepat kenyang dan tak perlukan susu formula pun hanya susu ibu sudah mencukupi.. Malah si comel tak meragam pun membuatkan saya lebih mudah dalam berpantang..

Berminat nak ketahui lebih lanjut tentang set berantang ni boleh lah hubungi saya di..

berpantang