Tuesday, December 9, 2014

Ini Cerita Saya Berpantang Lepas bersalin

berpantang

Alhamdulillah.. Akhirnya saat yang di tunggu tiba jua. Kehadiran insan comel yang di nanti dan di kandung selama 9 bulan telah selamat di lahirkan pada 4 Disember 2014 agak lewat tiga hari dari tarikh jangka bersalin.Tapi segalanya hanya rancangan yang menentukan sudah semestinya Dia Yang Maha Pencipta Allah s.w.t. Reda dan bersyukur di atas segala ketentuan-Nya, saya dapat bersalin Normal dan semuanya di permudahkan.. kali ni ahli baru keluarga saya bertambah lagi girl's  dengan berat lahir 3kg, syukur sihat dan sempurna sifatnya.

Istimewa buat saya dah tentulah proses BERPANTANG berkuat kuasa je lepas saya selamat melahirkan anak. Kita orang melayu biasalah 44 hari adalah syarat wajib berpantang. Bagi saya ianya satu tempoh yang boleh la di katakan menguji kesabaran tapi demi kesihatan dalaman dan di katakan kalau betul lah cara kita berpantang insyaAllah boleh dapat balik
  • Potongan badan asal
  • Sihat dan cergas seperti sedia kala
  • Kelihatan jelita 
  • dan mampu mengekalkan minat suami semula
  • Maka tidak hairanlah kami ni.. wanita melayu masih amalkan adat berpantang


Cuma bezanya di zaman moden kini saya tidak lah mampu terlalu mingikut amalan berpantang dulu-dulu. Malah ibu saya pun dah lupa pantang larang orang berpantang ni.. jadi saya cuma mampu meneruskan amalan rutin yang biasa bagi orang perempuan lain amalkan selepas bersalin seperti:

Bengkung

  1. dipercayai membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kebentuk asal
  2. mengalakkan postur badan yang baik
  3. melindungi organ dalaman dan membolehkan rahim cepat kecut dan kembali ketempat asal

Urut-mengurut

  1. baik untuk lancarkan aliran darah
  2. mengeluarkan darah lokia / darah lepas bersalin yang terperangkap
  3. menaikkan semula rahim
  4. membetulkan semula urat-urat yang tegang,terputus
  5. memecahkan lemak
  6. mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas berkerja keras melahirkan anak
  7. melancarkan susu ibu

 Jamu

  1. mengembalikan tenaga
  2. memanaskan badan
  3. melawaskan pembuangan air
  4. mengeluarkan lemak dan toksin
  5. mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur
  6. mengeluarkan angin

 Bertungku

  1. mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
  2. memecahkan lemak
  3. mengembalikan tubuh badan asal

 Mandian-mandian herba & akar kayu

  1. mengembalikan tenaga
  2. mengeluarkan angin
  3. menghapuskan bau dari darah nifas dan rembesan lain
  4. merawat urat-urat yang sengal
Tapi saya tidak mampu melakukan amalan berpantang ini seorang diri. Maka penjagaan semasa berpantang, saya amat memerlukan ibu saya untuk membantu. Di sebabkan ini merupakan cahaya mata yang ke-3 jadi saya memilih hanya 2 minggu sahaja saya perlukan penjagaan rapi dari ibu saya. Terutama semasa berurut dan bertungku yang lain saya mampu lakukannya sendiri.

Terima kasih buat semua ahli keluarga saya dan mertua saya yang telah bersusah kerana saya sepanjang tempoh bersalin dan berpantang ini.. tanpa kalian di sisi amat sukar buat saya menempuhi dugaan ketika berpantang.. dengan dua lagi anak saya yang masih memerluka perhatian  dengan ada atuk dan opah buat mereka selesa dan masih di beri perhatian tanpa ummi di sisi mereka tak seperti selalunya..

Dan sebelum penutup entry kali ini, saya nak kongsikan rahsia saya walaupun saya tengah berpantang tapi saya masih lagi mampu menyiapkan entry kali ini. Sejak awal mengandung sehingga bersalin telah amalkan supplement dari Shaklee membuatkan berpantang kali ketiga memang terasa lebih mudah dan badan lebih bertenaga sakit pun dah tak rasa. Enam hari dalam pantang saya mampu naik turun tangga cuma ibu bising tak elok nanti tumpah darah katanya. Baiklah ibu cuma nak bagi tahu rasa badan tu kuat tak rasa sakit dah rasa macam dah kembali normal.. Tapi selagi tak habis pantang 44 hari saya di larang melakukan aktiviti berat dan lain-lain lagi yang nak cerita punyalah banyak pantang larangnya.. Jadi bersabarlah wahai diri walaupun nak melakukan banyak aktiviti yang di minati tapi tunggu dululah ye..


Inilah Dia Set Berpantang dari Shaklee yang saya amalkan dan gantikannya dengan Jamu.
Berpantang
klik di sini for more info

Banyak khasiatnya dan terbukti berkesan dalam memulihkan organ dalaman dan luaran bukan tu sahaja malah susu badan pun semakin banyak membuatkan baby girl saya ni cepat kenyang dan tak perlukan susu formula pun hanya susu ibu sudah mencukupi.. Malah si comel tak meragam pun membuatkan saya lebih mudah dalam berpantang..

Berminat nak ketahui lebih lanjut tentang set berantang ni boleh lah hubungi saya di..

berpantang

9 comments:

  1. selamat menerima ahli baru
    moga2 sihat selalu

    ReplyDelete
  2. sekarang lebih mudah kerana ada set bersalin..


    -Salam blogwalking daripada Kakiblog-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu Hanafi Abdullah pilihan masing2 nak pilih yang traditional atau moden

      Delete
  3. Tahniah yer CM....
    Okje dulu beranak pun tak berpantang beriya.....benda kat atas kening pun tak pakai pun haha .....apa tah namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hainom OKje sama lah kite pantang ikut mn yang perlu je.. cuteummi pun tak pakai pilis yg kat dahi tu.. huuhuuhu..

      Delete
  4. Berpantang haruslah ikut cara yg betul..kalau tak ambil perhatian, jenuh la badan nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullihan cuteummi ikut mana yang di rasa masih releven ikut arus moden tapi masih lagi amalkan traditional seperti berurut,bertungku,mandi herba jamu je bukan pilihan tapi gantikan dgn supplement kesihatan shaklee

      Delete
  5. alolololo...comelnya baby. tak sabarnya nak ade baby juga.

    ReplyDelete