Saturday, October 5, 2013

DAH LAMA KAHWIN TAPI MASIH...??



masalah kesuburan



As-Salam..jom semua pembaca blog saya hari ni kita selami masalah yang kita malu nak dapatkan rawatan dan kaedah rawatan yang sebenar iaitu masalah kesuburan tak kira dihadapi oleh lelaki ke wanita.. Mencuba untuk hamil bukan satu tugas yang mudah..Kebanyakan pasangan suami isteri sememangnya mahu dikurniakan anak sendiri tetapi ada juga yang kurang bernasib baik walaupun sudah bertahun berkahwin.
        Masalah kesuburan menghalang pasangan suami isteri mencapai objektif utama untuk mendapatkan zuriat sehingga ada yang menyalahkan pasangan masing-masing kerana kegagalan melahirkan anak sebagai penyambung zuriat.
        Menurut Dr.Surinder Singh (Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan) kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia
         Banyak faktor risiko bagi lelaki dan wanita mengalami masalah kesuburan adalah sama,1/3 daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala 1/3 lagi oleh lelaki, selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada  pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak di ketahui puncanya "kata Dr.Surinder sambil menambah lagi bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi".- di petik daripada Sinar Harian bertarikh 27 ogos 2013 


ANTARA FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB MASALAH KESUBURAN

LELAKI

untuk lelaki masalah kesuburan yang paling biasa ialah pengeluaran kuantiti dan kualiti sperma yang mencukupi, normal dan pergerakan sperma adalah aktif. Berikut antara lain masalah yang mungkin memperlahankan dan menggagu sistem reprodaktif lelaki untuk hamil

Pra testikular 

  • gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma

Testikular 

  •  kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat

Post testikular 

  • penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi
Antara Penyebabnya atau Puncanya:
  1. Jangkitan kuman / penyakit dihidapi sewaktu kecil boleh merencatkan sistem pembiakan
  2. Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  3. Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  4. Menghidap hernia - Hernia  membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen
  5. Gangguan hormon
  6. Salur sperma tersumba
  7. Mati pucuk, lemah tenaga batin

WANITA


Kesuburan wanita memuncak di antara usia 22 hingga 26 tahun, dan biasanya merosot selepas usia 30 tahun: seorang wanita berusia 30 tahun yang biasa mempunyai 12% simpanan ovari yang ada ketika lahir, tetapi merosot hingga 3% sahaja apabila berusia 40 tahun. Ianya Disebabkan semakin ramai wanita yang melewatkan kehamilan

Antara Penyebab Lain:

  1. Tiub fallopio tersumbat
  2. Endometriosis iaitu tisu dari selaput rahim tumbuh membesar di luar rahim
  3. Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi ( prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  4. Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  5. Masalah hormon
  6. Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  7. Menopous sebelum waktunya
  8. Masalah tiriod
  9. Fibroid


        Walaubagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Ada pelbagai cara untuk kita usahakan atasi masalah kesuburan , yang penting jangan pernah putus asa dan berusaha untuk dapatkan cahayamata sendiri  dan selalulah memohon kepada Allah, berdoa dan bersedekah. Penyelesaian terbaik, suami isteri mestilah saling memahami dan ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian. 

Dalam shaklee kami syorkan supplements di bawah ini khas untuk anda yang mahu hamil. 


SET KESUBURAN UNTUK LELAKI & WANITA

masalah kesuburan




Untuk isteri: 



masalah kesuburan



ESP (protein) 


  • ESP bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan. merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna. 

GLA Complex 



  • membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri. membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku. membantu untuk 





Untuk suami:

masalah kesuburan

 

Zink 


  • Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki. meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki. 



Vitamin E 


  •  lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual. membantu membentuk sel sperma yang sihat. juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual


masalah kesuburan

masalah kesuburan


masalah kesuburan




No comments:

Post a Comment