Wednesday, December 17, 2014

Baby saya kene kuning (jaundice)

Baby saya kene kuning



Assalamualaikum semua,

Hari ni dah 15hari cuteummi dalam pantang bermakna baby pun dah berusia 15hari jugak alhamdulillah.. semuanya baik-baik je..cuma masa hari ke-6 ada nurse buat lawatan kerumah untuk memeriksa kesihatan ibu and baby. So far cuteummi ok-ok je cuma baby je nurse kate nampak kuning dari muka and mata dia. Dan nasihatkan saya supaya buat ujian darah TSB (Total Serum Bilirubin) untuk tahu setinggi mana kuning baby. Waktu tu tak terkejut pun memang dah jangka sebab memang nampak baby ada kuning sikit kat muka and mata dia. Tapi saya tak risau KENAPA tau bukan sebab saya seorang ibu yang tak ambil kisah atau tak bertanggungjawab..BUKAN ye tapi    tak risau sangat sebab baby saya kuat menyusu dan saya hanya beri susu ibu sahaja. Dengan pengalaman anak yang sebelumnya membuatkan saya lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah kuning ni..

Ikut jugak cakap nurse saya bawak baby pergi ke hospital serdang untuk ambil ujian darah TSB pada hari tu jugak. Saya sendiri pun nak tahu berapa bacaan kuning anak saya dan dalam masa yang sama memang perlu pantau agar tidak makin tinggi bacaan kuningnye nanti. Ibu mana tak sedih anak baru 6 hari dah kene cucuk dengan jarum tapi demi kesihatannya saya kene kuat dan yakin bacan kuningnya tak tinggi dan tak perlu sampai tahan hospital.Nurse kate esok saya boleh tahu keputusan TSB anak saya jadi jangan risau kalau bacaan tinggi pihak hospital sendiri akan hubungi saya nanti. Saya yakin bacaan tu nanti tak tinggi sebab baby saya kerap buang air besar dan boleh nampak najis dia pun warna kuning. 

Baby saya kene kuning


Esoknya tu saya sendiri call klinik nak tahu keputusan ujian TSB baby, patut la pihak hospital tak call bagi tahu result sebab tak tinggi bacaannye 151.3 syukur sangat bacaan kuning tak tinggi hanya perlu pantau sahaja,walaupun belum tahap normal janji tak perlu sampai kene phototherapy.

Hari ke-12 saya bawak anak ke hospital serdang lagi untuk repet bacaan TSB semula untuk pastikan bacaan turun lagi atau naik atas arahan nurse yang buat lawatan kerumah. tapi kali ni saya makin pasti bacaan akan normal sebab boleh lihat sendiri mata baby dan kulit pun dah tak kuning macam hari ke-6. Alhamdulillah memang tepat jagkaan saya bacaan kuning makin turun dari 151.3 ke 133.8. Berkat penyusuan susu ibu yang berterusan pada bayi dan saya menjaga pemakanan dan mengambil air yang secukupnya di samping tak mengamalkan jamu tetapi mengambil supplement shaklee banyak membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Saya hanya percaya pada penyusuan susu ibu sahaja boleh membantu menurunkan paras bilirubin pada bayi saya dengan cepat. Saya juga memastikan bayi saya di beri susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 2jam sekali. saya juga tidak mengamalkan sebarang petua untuk menurunkan kuning bukan tak percaya tetapi kurang yakin akan kesahihannya

Ini sikit Info cuteummi nak share tentang jaundice atau demam kuning
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat pada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut:
  1. Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3. Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5. Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes) 
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8. Keturunan.

Jadi nasihat cuteummi buat para ibubapa yang mengalami situasi sama seperti saya susu lah bayi anda dengan susu ibu sahaja kerana susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena kuning (jaundice). Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk menyusukannya, Masa ini anda akan perlu banyak rehat, air yang mencukupi, makanan dan sokongan suami bagi mengalakan pengeluran susu ibu yang banyak.

Jika masih mengalami masalah kekurangan susu badan dan inginkan penghasilan susu ibu yang banyak anda mungkin memerlukan supplement ini:

Baby saya kene kuning
more infore clic me!


4 comments:

  1. pernah alaminya dulu..sampai menitis air mata bila nurse ambil darah pad anak yang masih kecil..tabah saja demi kesihatan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ema Johari demi anak kita kena kuat dan tabah hadapi situasi seperti ni..kuning/jaundice mmg normal sekarang budak baru lahir akan alaminya cuma kita sebagai ibu kena pandai tangani spy kuning pada baby tak sampai ketahap yg sirius

      Delete
  2. tahniah dengan kehadiran ahli baru
    moga2 sentiasa sihat sejahtera selamanya
    dunia sampai akhirat

    ReplyDelete