Hari ni cuteummi pecah rekod.. sekali Dua entry cuteummi
buat dalam satu hari n satu masa, baru Saiapkan entry pasal collagen powder
sekarang nak share pulak pasal sakit kepala/migrian.Jom semua pembaca blog
cuteummi, kita fahami dulu ape itu migraine dan cara-cara mengatasinya,
rugi tak baca tau...
MIGRAINE TU APA YE..
Kalau dalam Bahasa mudah kita pangil “sakit kepala”. Ianya
rasa sakit yang berdenyut-denyut dan berlarutan antara 4-72 jam sehingga
seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun menurut
kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAINE BOLEH TERJADI?
- masalah hormon ketika datang haid
- suhu yang terlalu panas & sejuk
- cahaya terlalu terang @ silau
- bunyi terlalu bising
- masa rehat yang tidak mencukupi
- terlampau banyak berfikir
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
- Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya.
- Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
- Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine.
- Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
- Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit( boleh didapati di farmasi).
- Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut.
- Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan makanan yang mengandungi MSG.
Anda juga ada masalah Migraine? Kalau penat bergantung
dengan ubat tahan sakit tu je.., apa kata cuba alternatif ini Set Migraine dari
shaklee
Tak percaya supplement ini dapat membantu atasi masalah
migrian
































