Wednesday, October 29, 2014

Cegah & Rawat Kencing Manis Ketika Hamil



Assalamualaikum.
Petang ni cuteummi masih nak pilih topik buat bakal-bakal ibu dan ibu yang sedang hamil. Hari ini nak kongsikan pula tentang bahaya jika tak cegah dan rawat kencing manis ketika hamil

Jom kita ketahui dulu serba sedikit tentang kencing manis ketika hamil atau dalam bahasa sains di panggil GDM ( Gestational Diabetes Mellitus )

Apakah yang dimaksudkan dengan GDM/kencing manis ketika kehamilan?

Ianya merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.


Bagaimana  GDM/kencing manis ketika kehamilan Boleh terjadi?

  • Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) .
  • Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin.
  • Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.
  • Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
  •  Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?

  1. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM.
  2. Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan:

  • Wanita berumur (> 25 tahun)
  • Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
  • Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
  • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat
  • Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit


GEJALA/TANDA

  1. Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko.
  2. Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM 
  • sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi 
  • atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. 
  • Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.


RAWATAN

  • Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan untuk mengawal peningkatan paras glukosa dalam darah anda agar tidak terlalu tinggi.
  • Pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi.
  • Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal. Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.
  • Berita baiknya.. Selain itu , ia juga dapat dikawal dengan pengambilan Set Kehamilan J1 kami.

Apa kandungan Set Kehamilan J1?



B Complex

  • Penting dalam metabolism gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan.
  • Membekalkan 8 jenis vitamin B yang di perlukan dalam badan termasuk asid folic untuk pembentukkan saraf tunjang bayi.


Vitalea

  •  Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin.
  •  Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu


Vitamin C

  • Membantu meningkatkan penyerapan zat makanan dan supplement


Ostematrix

  • Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis ( kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
  • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukkan tulang dan gigi si manja dan kesihatan tulang ibu.


ESP

  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Gula dlm ESP dilepaskan sedikit demi sedikit dalam darah, ianya sesuai utk pesakit kencing manis  (ada makanan yang bila kita makan terus bebaskan gula yang tinggi dalam darah pada satu masa yang sama, ianya menyebabkan insulin tidak cukup nak proses semua gula sekaligus itu menyebabkan gula di dalam darah tinggi)

Kencing manis ketika hamil boleh membawa risiko kelahiran pra-matang malah ibu dan bayi berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis. Jadi sebaiknya cegah dari awal tetapi jika sudah terkena rawatlah dengan cepat.

Belum cuba belum tahu...sudah cuba baru tau kesan positif shaklee ni. Anda pasti tidak menyesal. Jom la order sekarang, harga istimewa, konsultasi free, semuanya untuk anda. .jangan ketinggalan yer...

Hubungi Saya!
set kehamilan JI


No comments:

Post a Comment