Assalamualaikum
Sebelum ni saya ada kongsikan tips persedian menyambut
kelahiran bayi.. Hari ini saya terpangil nak kongsikan pula tips penyimpanan susu bagi para ibu yang
berkerja.. Kenapa saya memilih topic ini sebab mengetahui ianya juga salah satu
factor penyebab mengapa para ibu yang berkerja lebih suka memilih susu formula
dari susu ibu. Sebelum tu adalah eloklah saya kongsikan sedikit mengapa
pentingnya Penyusuan Susu Ibu buat bayi anda..
Wahai Para Ibu dan yang bakal menjadi ibu ketahuilah
Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
Kenapa??
Sebaik sahaja bayi anda di lahirkan anda patut memegang bayi
anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi pada kulit anda yang pertama selepas
kelahiran mengeratkan hubungan anda dan bayi biarkan situasi ini
sekurang-kurangnya 10minit. Ini Penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
Rooting reflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas
hisapan amat kuat dalam masa 1-2jam pertama. Bayi paling peka pada keadaan di
sekelilingnya pada ketika ini.
Bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi
meneruskan penyusuan lebih lama
- Susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga ia berumur enam bulan yang pertama
- Susu ibu mengandung cukup air. Tiada bahan minuman atau makanan lain yang diperlukan oleh bayi sebelum bayi anda berumur enam bulan
- Bayi anda tidak memerlukan punting tiruan atau pacifier
- Susuilah bayi anda lebih kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
- Makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila bayi anda mencecah umur enam bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
- Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 thn.
PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BERKERJA
- Semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
- Dua minggu sebelum berkerja, berlatihlah dengan jadual berikut:
Masa
|
Hari ( dari mula program )
|
|||
Hari 1-3
|
Hari 4-6
|
Hari 7-9
|
Hari10-13
|
|
Sarapan
7.30-9.00 pg
|
Perahan susu ibu
|
Perahan susu ibu
|
Perahan susu ibu
|
Perahan susu ibu
|
Minum pagi
10.00-11.30 pg
|
Perahan susu ibu
|
Perahan susu ibu
|
Perahan susu ibu
|
|
Makan Tengah Hari
12.00-1.30 ptg
|
Perahan susu ibu
|
Perahan susu ibu
|
||
Minum Petang
3.30-4.30 ptg
|
Perahan susu ibu
|
Catatan:
- SeElok- eloknya 2 minggu selepas kelahiran Ibu boleh mula berlatih memerah susu untuk di simpan samada secara manual iaitu mengguna tangan atau pam mesin atau manual
- Ibu Boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap di sebelah payudara satu lagi
- Lakukan sahaja perahan dan simpan susu anda pada bila-bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan
Cara Penyimpanan Susu Perahan:
Suhu bilik
|
Boleh di simpan sehingga 3-4jam
|
Peti Sejuk Bawah
|
Boleh di simpan sehingga 4-5
Hari
|
Peti Sejuk Satu Pintu
|
Boleh di simpan sehingga 48-72
Jam iaitu dalam 2-3 Bulan
|
Peti Sejuk 2 Pintu |
Boleh di simpan selama 3 Bulan
|
|
Boleh di simpan sehingga 6
Bulan
|
Cooler Bag |
Boleh di simpan sehingga 12-24jam
|
Mahukah Para Ibu yang sedang menyusukan anak dan yang bakal melahirkan anak untuk mendapatkan penghasilan Susu Ibu yang Banyak..
Jika Mahu Saya Bantu Sila Klik gambar di bawah ini
![]() |
SILA KLIK GAMBAR NI!! |
No comments:
Post a Comment